.
Bagi sesetengah orang, Isnin sudah masuk kerja.
Ada juga yang tak.bercuti langsung.
Tapi aku baru masuk kerja pada hari ini.
Bila aku lihat sekeliling, dinding batu tingkap kaca.
Terbayangkan pula suasana pagi di kampung.
Bila matahari kuning muncul di timur, berembun,
dingin dan burung² sibuk mencari makan.
Apalah agaknya abang aku buat pagi ni?
Padi belum masanya musim menanam, sawit
baru lepas dikait, pisang belum matang.
Dia melihat kehijauan dunia dengan mata kepalanya
Aku di sini 'melihat' apa di luar melalui internet.
Berbeza...kerana tiada baru rumput basah atau
bau daun jerami mereput.
Apalah yang aku buat di sini eh?
.
3 comments:
selamat kembali bekerja tuan blog, hopefully x mereputlah dlm ofis tu ye XD
salam. ni no whatapps saya. 013 355 3080
boleh tak nak minta share regard your vanilla bean yg u tanam di rumah mak mertua u tu
Khalid.
Mereput mgkn tak....tp mungkin menggemuk...haha
Razman.
Ok. Wasalam.
Post a Comment