.
Ada Naga Tiga Kepala
Dek kerana kepala-kepalanya besar
Maka Naga itu tak banyak bergerak
Lebih tepat, malas nak bergerak.
Hanya arahan diberi
Itu ini, begitu begini
Dek kerana ada tiga kepala, ada tiga suara
Maka arahan-arahan yang keluar tak selanjar
Hamba yang menjunjung titah jadi bingung
Bila hamba itu bingung, dia payah bergerak
Sekejap disuruh ke sana
Baru hendak ke sana, dah disuruh kemari
Akhirnya, dia tegak berdiri di tempat tadi.
.
4 comments:
dialog madu 3..
kak tipah : ku sangka 2, rupanya 3.
cik hasnah : nasib baik tak 4
kau pecat je semua boss tu.
SvS.
Klu pecat derang, sapa nak jaga kita?
payah nya bila ada 3...
lagi payah bila ketiga-tiga tu sengal
maka kalau akarnya rapuh..apatah lagi rantingnya
k, sy pun tak tahu apa sy merepek...kihkih
Ckk.
Dah betul rapuan tu...haha
Post a Comment