Tuesday, August 18, 2015

Kisah seekor Kuda Sembrani

.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan kuda sembrani.
Kuda liar yang kuat malah berani, mampu berlari
tersangat laju, malah mampu terbang melangkau
gunung dan benua. Tiadalah ada daerah yang
jauh bahkan semuanya dapat dilewati.

Maka akan kuda sembrani yang gagah dan pantas
itu menjadi buruan segala pembesar daerah
Akhirnya tertawanlah seekor pada seorang penguasa.
Giranglah baginda kerana dapat menjinakkan
seekor kuda sembrani yang cantik dan perkasa.

Maka diberikan tugas untuk pergi ke benua jauh.
Dengan sekali lompat, kuda sembrani sakti itu pun
terbang di langit dan turun ke benua jauh.
Setelah sudah maka dipacu semula pulang ke negeri.
Maka sukalah hati sang penguasa negeri.

Pada hari berikutnya, dia ajak mamak bendahara
menaiki kuda sembrani pergi ke timur jauh
Maka melompatlah kuda itu dari gunung ke gunung.
Tidak lagi mampu terbang di langit biar pun sakti.
Maka sampailah mereka ke timur jauh lalu
pulang semula ke negeri ketika hari senja.

Keesokkan hari, sang penguasa mengajak pula
temenggung. Naiklah mereka bertiga di atas
kuda sembrani. Maka dicambuk sekali, tak bergerak
Maka dicambuk lagi, barulah kuda itu mahu berjalan.
Mereka bertiga tidak puas hati, maka dicambuk
lagi sekuat hati, lantas kuda itu rebah ke bumi
Kuda sembrani yang sakti itu akhirnya mati.




.

2 comments:

Dr K said...

Nama lain kuda sembrani ni apa?

Nizam.Ariff said...

Daddyz
Pegasus....tapi itu mitos barat....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com