Monday, May 30, 2016

Singgah mencari buah di Behrang...

.

Kerap kali kalau aku pulang ke utara, aku akan cuba untuk singgah di sini jika kena dengan musimnya, terutamanya musim Durian:





Untuk ke situ, aku perlu keluar dari lebuhraya di Behrang (kalau menuju ke utara), gerainya hanya di bahu jalan.

Sebuah gerai buah-buahan yang dulu bermula dengan pondok beratap nipah dan kanvas sementara, kini lebih berstruktur dan berdinding. Kini juga barang jualannya telah pelbagai, petai jeruk pun ada.

Sebenarnya, kalau kena pada musimnya, ada banyak lagi penjual buah di sepanjang jalan itu tapi aku kerap ke situ sebab bahu jalannya lebih lebar dan terasa selamat untuk berhenti. Selain dari itu, di situ ada pondok menunggu bas untuk bersantai dan juga ada sebatang sungai yang cantik berada di bawah gaung sana.

Aku kerap pasang angan-angan untuk cuba labuhkan umpan di lubuk itu, Patin atau Lampam atau Baung mungkin bermain-main di dalam lubuk itu. Setakat ini ianya cuma angan-angan sebab tujuan aku ke utara bukan untuk memancing di situ.

Ada tujuan lain yang lebih murni...jadi eloklah jangan dipesongkan niat itu. Niat yang terpesong biasanya berakhir ke destinasi yang tidak kita mahu, kebiasaannya akan bawa seguni sesal.

Pulang ke pangkal simpang memang boleh tapi kita tak akan dapat tebus masa perjalanan yang telah terbuang di sepanjang jalan yang terpesong tadi. Kadangkala dugaan menggiurkan naluri dan nafsu...payah untuk dilupakan...



.

4 comments:

cinta said...

2 perenggan last tu baca byk kali.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Hmm...ko tau kan caner gaya penulisan aku...always something else...

sudipVSsenduk said...

tercari-cari gambar buah-buahan.. huhuhu

Nizam.Ariff said...

SvS.
Dah telan....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com