Aku balik kampung hujung minggu lalu, telinga aku disuguhi dengan letupan-letupan daripada gas Hidrogen yang pernah aku dengar dulu, letupan yang apabila didekatkan kayu uji berbara kepada mulut tabung uji akan berbunyi 'pop'!
Letupan yang biasanya akan mencabar semangat aku untuk turut menyahut cabaran untuk membuat letupan juga. Tapi kini, aku tak secergas dahulu, tidak teruja seperti dulu-dulu. Namun dalam sudut perasaan, aku masih berbangga kerana tradisi itu masih diteruskan oleh generasi seterusnya dengan selamat.
Aku ada buat beberapa entri tentang kes letup-letup dan meriam batang kelapa. Sila rujuk entri yang ini dan entri yang ini.
Apabila aku terdengar letupan meriam hari itu, aku pun sambar kamera dan aku ajak anak aku untuk pergi. Setibanya di lokasi, aku dapati ada beberapa orang budak hingusan sedang galak bermain meriam. Aku terkejut juga kerana tak ada orang dewasa yang mengawasinya. Jadi, aku ambil beberapa minit untuk melihat dan memantau cara-cara mereka bermain dan berikan nasihat keselamatan... hahaha. Tak lama selepas itu, ayah salah seorang daripada budak-budak itu pun datang. Aku tanya orang itu, tak ada meriam batang kelapa? Dia kata, tahun lepas ada yang buat tapi polis datang dan suruh baraikan, atau masuk lokap!
Meriam yang mereka gunakan ialah meriam batang paip berukuran diameter 6". Sebenarnya, meriam jenis itu adalah berbahaya kerana strukturnya bukan untuk menahan tekanan yang tinggi. Selalunya, meriam batang paip itu perlu ditanam ke dalam tanah atau perlu dibalut dengan guni jut dan diikatkan dengan kulit buluh atau rantai basikal. Jika pecah serpihannya tidak melayang ke batang leher lantas mencantas kepala!
Aku tak benarkan mereka bermain 2 batang meriam yang ini kerana ianya terdedah, amat berbahaya...kalau dilihat bagaimana batang paip itu ditanam, ia mungkin telah lama di situ. |
Aku suruh mereka bermain meriam yang ini. Batang paip ditanamkan keseluruhannya... tompok-tompok putih seperti tepung adalah 'sisa toksik' kabaid, ianya berasid. Boleh nipiskan tapak tangan. |
Mencucuh perlukan batang kayu yang panjang. Dulu-dulu, ada yang jadi hero, cucuh terus guna pemetik api sahaja... termasuk aku... hahaha |
Tahu pun takut! Hahaha... telinga aku bingit sebab aku dekat dengan muncung meriam dan aku tak sempat tutup telinga... |
Wajah pemain-pemain meriam yang aku rakamkan... budak-budak lagi... |
Ketika mereka bermain meriam, jam menunjukkan pukul 10am. Masih pagi. Sebab itulah letupan meriam mereka tak bersahut. Biasanya, meriam dimainkan ketika senja sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa, dan juga selepas Isya'. Kalau waktu siang biasanya budak-budak yang bermain sebab bapak dan abang-abang mereka bekerja. Apabila malam menjelma, ketika itulah orang dewasa yang bermain. Pada ketika itulah, letupan meriam akan bersahut-sahutan...
Namun begitu, tiada lagi bunyi lemak merdu meriam batang kelapa dan batang pinang lagi... tiada lagi kidung mereka.
.
29 comments:
kidung apa? (soalan antiklimaks)
wah wahh seronok kemain ko yer main meriam...errr aku pun dah lama tak dengar letupan dalam tempayan...sejak jadi penduduk metropolitan ni, haremm nak dengar bunyi meletoppss gedabak tu...yang aku dengar adalah mercun cina meletop yang buat telinga aku derita..
ehh jangan lupa awasi anak ko kalu main meriam..bahaya wehhh! Aku main bunga api kucing jer...:)
KOG,
awal ko komen... hahaha
Kidung tu bukan ke macam syair atau lagu atau pantun yang dilagukan?
Tak main mercun ke? Oh.. ko tak bleh hidu asap mercun.. berasid paru-paru nanti...
LW,
letupan dalam tempayan? Hoh! Aku tak tahu pulak tentang tu... kalau guna kabaid juga, tentu kuat giler bunyinya sebab besar...
bunga api kucing biasanya aku bakar dan bengkokkan dawainya, lepas tu aku baling ke pokok agar tersangkut... banyak2.. cantik!
ish..ish..
kakpah,
saja seronok2 je...
hehehe
ariff tak teringin nk menyucuh...?
.
TM,
lupa pulak aku nak suruh dia...
esok-esok aku suh dia cucuh pulak la...
kena pakai paip sch 80 baru boleh tahan pressure..pakai stainless steel..carbon steel rapuh sikit..
meriam batang paip ni kalau betul calculationnya, aku rasa takde masalah..haha
jeb,
kalau dapat paip yg baru aku rasa memang tak de masalah kalau setakat guna 1/2 kilo karbaid. Tapi biasanya batang paip tu recycle.... dah lama terendam dah guna, baru dikorek balik dibuat meriam...
mesti dah ada hairline crack sepanjang grain boundaries tu...
wei , bahaya tu !
KA,
bahaya la baru thrillll..... hahaha
Cemana meriam tu terhasil? Bakar kabait je ke? Kalau saya confirm la tak main benda2 yg menakutkan ni. Heheh. Sbb saya penakut.
LyD,
nampak macam mudah tetapi ia terhasil dari satu tindakbalas kimia yang kompleks. Kabaid (Carbaid) adalah sejenis batu gunung yang sangat reaktif terhadap H2O tetapi bukan dgn minyak tanah, parafin etc.
Kabaid tadi menjadi pemangkin reaktif / reaktor untuk memecahkan molekul air dan membebaskan unsur Hidrogen dalm bentuk gas.
Gas inilah yang ada di dalam meriam tadi. Untuk meletup, gas hidrogen perlu sejumlah tertentu gas oksigen dari udara, pada nisbah yang tepat. Jika terkurang, hidrogen akan terbakar lambat dan tidak meletup. Jika terlebih udara, campuran gas hidrogen menjadi terlalu nipis dan tak dapat terbakar atau meletup.
Jadi, nisbah gas hidrogen dan udara yang sempurna akan memberikan letupan yang sempurna kuatnya dan menghasilkan 'sonic wave' yang mapan...
hahaha....
Bagus ler..
.
.
.
jangan lupa pasang meriam tu kat rumah yer..
Ash,
haah.. nak buat 10 lagi daripada buloh..
nak join.. keh keh keh...
Kebabommmmm!!!
Yuh, buuuuwanter muni ney!
Bangga betul pembuat meriam kalau dengar ayat pujian gitu.
(Abang ckLah yg profesor di Jabatan Kejuruteraan Marin kat Shah Alam tu, masa kecilnya jaguh meriam tanah kat kampung. Dihambat dek orang orang tua yang terkejut masa tidur tengah malam bukan tak pernah. Nakalnya MasyaAllah!)
cklah,
hahhahaaaa... suka bila baca 'buuuwanterr'.. memang itulah cara sebutannya... kakakkaa
aku dulu2 selalu buat meriam tanah dan buluh je.. batang kelapa tu untuk set org tua2 je..
Hebat kome neh siap ada calculation bagai nak buat meriam..
Sch80 tuh bukanke standard dak API, austenitic steel, mana ader hairline crack eh... materials failure palingpaling pun caustic embrittlement...
*masa kecikkecik dulu aku pernah ikut dak abangabang, dak jiranjiran main meriam nih, diorg tanam tala ke laut... dan ada satu komander, yg shout fire... satu satu org cucuh...
aku pernah gak main, tapi guna tin susu yg ditelangkup, pastuh buh kabaid sebesar jari kelingking jeh... ada la bunyi jugak... lebih nyaring dari bunyi kentut...
hahaha...
LW,
nampak mudah tapi sebenarnya payah... orang tua-tua dulu guna konsep cuba-silap sampailah jumpa rekabentuk yang betul dengan ciri-ciri keselamatan yang ampuh. sekarang ni tak ada yang perturunkan rekabentuk yang dah jadi standard, jadi kita kenalah establish semula.... hahaha
sepa,
sch80 memang la..
tapi paip yang itu dibuat daripada simen+asbestos/fiber je... mana kuat macam besi... mesti ada rayapan punya...
selalu ke kau pulang kpg?
azani,
kalau ada kesempatan dan rezeki, aku akan pulang...
ok nanti aku nak cilok ilmu korang buat meriam ni ya..bila nak pakai info tu aku akan roger2 kau kat sini...(mohon izin ya)
LW,
hahaha... boleh... no problem.
tapi roger kat dalam komen entri yang terbaru... kat belakang2 aku tak nampak karang...
noted tuan tanah!
LW,
roger...
Buatlah satu tutorial penuh cara2 nk buat meriam paip dr mula sampai siap. Pastu upload ke Youtube. Pasti ramai yg nk bljr. Permainan tradisi ini perlu diteruskan agar dpt diwarisi oleh generasi akn dtg. Sy x pakar dlm pembuatannya. Kalau tidak, sy dh buat tutorial tu dan upload ke Youtube.
Post a Comment