.
Dulu aku cuba fahami bahawa kehidupan itu dibina melalui kerjaya.
Hasil dari bekerja itu akan digunakan untuk membina keluarga dan kehidupan. Tak kiralah kerjaya apa pun - eksekutif, korporat, berniaga atau petani, peladang.
Akibat kebergantungan pembinaan kehidupan kepada hasil daripada kerjaya itu, ia disayangi, dipertahankan malah di utamakan. Kerana apa? Kerana ia adalah sumber untuk membina sebuah kehidupan yang diimpikan.
Kemudian, aku sedar, kehidupan dan kerjaya itu adalah dua perkara yang berbeza.
Bahawa kehidupan itu wujud diluar waktu bekerjaya.
Bahwa kehidupan itu bermula apabila aku jejakkan kaki di rumah.
.
4 comments:
ya, kerjaya sebahagian dari kehidupan
salam penulisan
Ah tok
Salam kembali...
Kat tempat kerja aku kerja.
ada gaji.
balik rumah pun aku kerja.
takde gaji.
dua2 adalah kehidupan.
serupa tapi tak sama.
mmg takkan ada dunia lain jika asyik fikir soal kerja.
Post a Comment