Saturday, July 16, 2016

Evolusi teknologi

.

Ketika di sebuah workshop, aku terpandang sebuah enjin kereta yang telah dibarai.




Dalam menungan panjang itu, aku terfikir bagaimana dulu rekaan sebuah enjin petrol yang ringkas menjadi sebegitu rumit...dengan hos, paip dan rekaan yang kompleks.

Kenapa perlu direka sebegitu rumit? Apa perlunya?

Mengetahui asas kejuruteraan, aku faham bahawa teknologi itu berevolusi sejajar dengan masalah dan cabaran. Penambah baik terhadap masalah, atau cabaran untuk menjadikan ia lebih bagus.

Lebih kompleks sesebuah enjin, ia mencipta satu sistem. Sistem itu bermakna ada hubungkait antara komponen serta kawalan. Setiap fungsi itu bergabung untuk menghalalkan satu fungsi yang lebih besar. Jika pincang satu fungsi, pincanglah segalanya.

Lebih kompleks sesuatu sistem, lebih mudah untuk ia gagal. Kenapalah kita jadi terlalu payah dan rumit?



.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sedangkan ciptaan Allah pada sistem badan kita yg kompleks ini pun boleh rosak, apa lagi enjin yg dicipta manusia biasa.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Betol 3x

Lady Windsor said...

aku terhutang budi sungguh dengan orang yg buat enjin keta keseluruhan...memudahkan kerja aku nak p mana-mana...cuma dah nak masuk dua bulan aku x renew road tax..tunggu hujung bulan ni ahahaha..la ni aku tawakal je bawak p keje hari-hari

Nizam.Ariff said...

LadyW
Pegi n balik time keje ok kut...xkan nk wat rdblok masa puncak. Tp jgn xcdent dah la...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com