.
Kali pertama melemang pada hari mantai minggu lepas.
Untuk lebih tepat, kali (0.375 X pertama) cuba melemang. Sebabnya, aku cuma tolong sediakan tempat membakar dan unggun api.
Sambil-sambil itu, aku jaga api... jauhkan bila api besar, dekatkan bila api kecil. Tambahkan kayu bila kurang api... jauhkan bila api besar, dekatkan bila api kecil. Itulah rutin yang dipesankan oleh ipar-ipar aku. Dan aku akur.
Bila santan di dalam buluh dah mula mengering petanda mahu masak, aku dapati pulut sudah mahu keluar. Aku hentakkan buluh supaya pulut mendap, entah berapa kali aku buat.
Bila lemang dah masak dan dikerat untuk dihidang, didapati lemang di bahagian bawah agak padat dan keras....
"Errr... pulut tu degil sangat. Asyik nak keluar je." Aku terangkan.
*dengan mata yang terkebil-kebil, ala-ala budak dalam iklan raya #lepastu*
.
1 comment:
Inesennya. Haha.
Slalu jumpa kes lemang jelantah n berderai. Lemang padat n keras ni 1st time dgr.
Post a Comment