Ada sebuah kolam yang dilupai, sampai tumbuh rumput gambut di seluruh muka kolam. Sekali tengok macam tak ada ikan. Tapi menurut abang aku, kolam di tengah-tengah kebun pisang dan kelapanya (bekas tanah sawah) itu ada ikan dan jarang berusik.
Aku tunggu beberapa ketika. Aku pasang telinga untuk dengar ikan 'manggak' atau mencungap mengambil udara. Ada!!! Sah ada ikan.
Paya gambut seperti itu biasanya ada banyak ikan keli. Jadi aku guna umpan cacing.
Oleh kerana gambut itu tiada lubang untuk aku julurkan tali pancing, aku tebuk satu lubang kira2 sekaki lebar dan aku pastikan ia melepasi tebal gambut.
Aku kocak2 permukaan air di lubang menggunakan hujung joran, kemudian aku lepaskan tali pancing. Biasanya ikan keli jenis makan dasar, jadi aku julurkan tali agak panjang, agak2 umpan mencecah dasar kolam. Kalau tak cecah dasar, biasanya ikan puyu yang makan.
Tapi, rezeki kita ni Allah yang beri. Disangka keli tapi haruan yang makan. Haruan ni jenis menyambar. Jadi biasanya jika haruan makan, ia terus tarik dengan pantas.
Selain haruan, aku dapat beberapa ikan puyu. Oleh kerana hari nak hujan pada petang itu, aku balik selepas 30 minit memancing.
.
4 comments:
seumur hidup aku memancing, berjaya dapat ikan haruan je sekor....
GB.
Seekor pun boleh mkn berdua tuuu....
Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar
Makin banyak yang terpendam
Di sini ibunya
Siti Nurhaliza - Kurik Kundi
***
Eh, nampak kangkung menjalar. Goreng haruan, kangkung goreng belacan. Hmm..
Cinta..
Kst kpg, kangkung dah x heran dah... haha
Post a Comment