.
Aku sudah perasan pokok terung pipit itu tumbuh di kawasan semak di tepi tanah pembangunan terbengkalai itu. Setiap kali aku lalu di situ, pasti aku intai kudup bunga putihnya. Kalau aku tak sempat intai, aku minta Mama tenung dari dalam kereta.
Pokok terung pipit biasanya tumbuh meliar. Amat jarang sekali ada orang yang tanamnya. Entahlah kenapa tak ada orang yang mahu tanam dan komersialkannya. Mungkin terung pipit ni buah yang 'aku makan kalau ada, kalau tak ada aku pun tak tanya'.
Kenapa aku kerap intai bunga dan putiknya? Sebab terung pipit yang sedap mestilah tidak terlalu tua buahnya tetapi tidaklah masih putik yang tak berasa bila memakannya. Kalau buahnya sudah tua, kulitnya akan liat untuk dikunyah.
Ini tuaian kali kedua sebenarnya. Dapatlah juga semangkuk banyaknya. Yang lebih penting, buahnya sedang2. Kulitnya masih lembut bila dikunyah.
Seperti biasa, aku suka ia dimasak tauchoo dengan udang kering dan cili burung yang banyak.
.
No comments:
Post a Comment