Monday, December 19, 2016

Kemalangan: Nak claim insurans atau settle kat luar?


Siapalah yang mahu terlibat dalam kemalangan. Kita berdoa pada Allah minta selisih dari itu. Kalau dah terlibat dalam kemalangan dan kereta rosak, mulalah ternampak seolah-olah duit dalam kocek mulai tumbuh buluh pahat dan kepak... dan terbang ke awan... *plop* lalu hilang.

Kalaulah kemalangan itu bukan salah kita, ringanlah sikit kepala sebab boleh tuntut insurans dia. Kalaulah sebaliknya (salah kita), perkara utama yang melintas dalam kepala ialah "habislah NCD aku!", lebih-lebih lagi kalau kita ditahap NCD 55%.

Apakah itu NCD dan kenapa ia penting?

NCD ialah singkatan 'No Claim Discount' iaitu diskaun ke atas premium jika tiada tuntutan (claim) dibuat. Jika tiada kemalangan ATAU berlaku kemalangan tetapi insurans kita tidak dituntut, sejumlah diskaun akan diberikan ke atas premium pada tahun berikutnya. Contohnya: kalau kita pada tahun ke-5 dengan NCD 55%, kita dapat diskaun sebanyak 55% daripada premium yang kena dibayar.

Kita tuntut insurans orang lain tak apa, jangan insurans kita yang kena tuntut..hahaha. Dengan kata lain, jangan kita pula yang didapati bersalah dalam kemalangan itu. Kalau laporan polis mendapati kita tak bersalah, inshaAllah NCD kita selamat.

Menurut Persatuan Insurans Am MAlaysia (PIAM), nilai NCD itu akan bertambah selagi insurans tak kena tuntut (claim) sehingga max. 55%. Untuk lebih informasi, sila Klik NCD. Berikut adalah carta untuk kenderaan persendirian:


Untuk periksa nilai NCD semasa anda, sila klik NCD_Check. NCD boleh dipindahkan. Contohnya, jika kita beli kereta yang baharu, kita boleh pindahkan NCD dari insurans kereta yang lama untuk insurans kereta yang baharu dan dapat diskaun, asalkan sama nama. Tapi, NCD insurans kereta yang lama itu akan reset jadi 0%. Tak mengapalah, kereta dah lama nilai premium pun dah kecil.


Kalaulah rasa-rasanya kita  yang salah dalam kemalangan, nak suruh dia tuntut insurans kita atau kita patut bayar tunai (cash)?

Inilah soalan yang sering ditanya jika kita rasa kita yang salah, contohnya kita terlanggar kereta orang di depan. Jika ingin tuntut insurans untuk bayar kesemua kos, laporan polis mesti dibuat dalam masa 24 jam. Biasanya pihak yang didapati bersalah juga akan didenda (RM300 pada masa ini). Selain itu NCD kita juga reset jadi 0%... maknanya tak ada diskaun pada tahun depan. Kalaulah kemalangan itu tak serius, mungkin patut kita selesaikan di situ sahaja, yakni bayar secara tunai. Ada sesetengah insurans pula yang menetapkan nilai minimum sebelum boleh buat tuntutan. Kita kena tanggung kedua-dua kos pembaikan: kereta kita dan dia. Parah juga tu!

Aku juga pernah kemalangan lama dahulu. Menurut pesan orang-orang lama, kalaulah kos itu boleh ditanggung, selesai di luar sudahlah. Tapi aku dapati ianya tidak semudah itu. Ada dua perkara yang perlu dipertimbangkan:-
  1. Jika kita sedang alami masalah duit tunai, contohnya simpanan yang sedikit atau ada keperluan lain yang lebih mendesak, tak perlulah fikir    panjang lagi. Buatlah laporan polis dan biarlah insurans kita yang selesaikan. Kena denda RM300     dan NCD hilang? Tak mengapalah, asalkan kereta kita bergerak semula dan boleh kumpul duit.
  2. Jika kita rasa kemalangan itu kecil dan ada sedikit duit, mungkin kita boleh pertimbangkan yang berikut:-
Aku buat simulasi untuk kereta yang telah capai NCD 55% dengan 2 nilai insurans, RM40k (kereta sederhana mahal) dan RM16k (kereta murah atau lama). Aku pilih dua kes sebegitu untuk perbandingan sahaja. Dan aku anggarkan nilai diinsurankan (insured value) akan berkurangan sebanyak 10% setahun tetapi nilainya tak boleh kurang dari RM10k. Aku gunakan kalkulator insurans kepunyaan Takaful Malaysia untuk kira anggarkan bayaran premium.

Ceritanya begini:
Jika kita tuntut insurans untuk bayar, kita akan kehilangan NCD. Berapakah 'kerugian' kita akibat NCD telah reset kepada 0%? Untuk kerugian maksima, aku andaikan pada asalnya kita ada NCD 55%.




a) Untuk insured value RM40k, anggaran kerugian sebanyak RM1,747 + RM300 (saman trafik) = RM2,047.



b) Untuk insured value RM16K, anggaran kerugian sebanyak RM918 + RM300 (saman trafik) = RM1,218.


Bermaksud, jika kita berada dalam situasi no. 2 di atas tadi, jika kerugian akibat NCD reset jadi 0% kita melebihi anggaran kos pembaikan (kereta kita + kereta dia), elok selesaikan di luar.

Ini bukan saranan aku tetapi aku cuma mahu kuantitatifkan 'pesanan orang-orang lama' tadi itu. Seharusnya kata putus terletak ditangan anda.


Jika mahu kira 'insured value' yang lain, sila klik di SINI.
Tapi pengiraan seperti simulasi di atas kenalah buat sendiri.


.  




4 comments:

cinta said...

Dulu keta pnah eksiden. Org hentam blkg. Claim insurans dia. So ncd keta yg dh 55% slmt (ncd transfer dari keta lama).

Tp masalah lain pulak timbul. Bila ada rekod eksiden nilai keta jatuh byk walaupun cuma repair tukar bumper je.

Jd kalau nnti keta tu nk dijual sapa2 yg beli mmg berbaloi2.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Skrg ni nk jual blk pun dah murah sbb byk kete baru pun murah2 dah..

nae nematoda said...

alhamdulillah, so far tak pernah berlaku dan tak pernah ambik tahu...skg kena ambik tahu pasal semua ni...maybe faktor usia

Nizam.Ariff said...

Nang.
Mung mude lagi laa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com