.
Minggu lepas, Hasri ajak beberapa orang teman sepejabat pergi makan tengahari di luar. Biasanya Hasri akan makan di kafe di bangunan pejabatnya sahaja. Mungkin bosan agaknya, dia mahu makan di luar pula.
Zul mahu tapi Kamal menolak.
"Maaflah, aku puasa sunat hari ni." Kata Kamal.
"Aku nak belanja ni. Betul tak nak ikut?" Duga Hasri. Tiupan setan mungkin sudah masuk.
"Hari lain lah, boleh?" Kamal pinta.
"Aku bermurah hati nak belanja pada hari ni sahaja."
Akhirnya mereka bertiga pun keluar makan. Kamal mengalah, tak sempat berbuka puasanya.
Kamal pesan Nasi Goreng Kerabu.
Setelah habis makan, Hasri tersenyum kepada Zul.
"Zul, ko rasa2lah mana yang lagi sedap, Nasi Goreng Kerabu di kedai ini atau di syurga nanti?" Hasri bertanya kepada Zul tetapi dia pastikan Kamal juga mendengarnya.
"Adoiii laaa...." Kamal mengeluh.
Hasri dan Zul tertawakannya.
Mungkin si setan pun ikut ketawa.
Ketawa yang lebih besar.
.
No comments:
Post a Comment