Monday, November 19, 2012

UPSR 2012 diumumkan! Salahkah kami jika kami tak menangis?

.

Berdebar? Dada siapa yang tak berdebar tatkala itu.
Dada yang tak berdebar ialah mereka yang jantungnya tak bergetar lagi. Namun ada juga yang dadanya bergegar-gegar bagai nak runtuh semasa senarai nama yang mendapat 5A dalam UPSR diumumkan di satu majlis konvo serba ringkas pagi tadi.

Aku lihat kawan-kawan aku turut resah. Hanya 19 orang yang mendapat 5A, umum guru besar, pencapaian yang menurun dibandingkan dengan tahun lepas. Lagilah bertambah resah.

Apabila diumumkan seorang demi seorang, aku lihat masing-masing anak dan ibu bapanya menangis. Mereka anak beranak diminta naik ke atas pentas untuk menerima sijil, slip dan piala. Sang anak dan ibu menangis itu biasa. Tetapi apabila ayahnya juga menangis, itu kurang biasa bagi aku.

"Menangislah, hai anak! Menangislah kerana mendapat kejayaan kerana anda semua berhak!" Umum cikgu / pengacara berulang kali setiap kali nama murid-murid yang mendapat 5A diumumkannya. 

Lalu aku dekati salah seorang kawan aku. Aku cakap kepada dia "aku tengok wife ko menangis aku tak kesah tapi bila tengok ko menangis, aku jadi kesah".

Dia kata, "anak aku diumumkan pada no.17! Aku ingat dah tak ada rezeki... suspen gila siol!". Zainurhisham.

Dan begitulah lagi apabila seorang kawan aku juga menangis apabila anaknya diumumkan dapat 4A1B. Katanya "aku ingat dah tak dapat naik ke pentas...". Mohd Sufian. Sambil mengesat air mata, dia naik ke atas pentas bersama-sama anaknya.


Nama Ariff diumumkan diantara yang terawal. Ketika aku datang mendapatkannya di atas pentas, aku hanya berjabat salam. Kami tak berpeluk atau bercium tangan. Adakah ini bermakna aku tak menghormati majlis yang sepatutnya diperlukan nanges-nanges?

Ariff tanya aku, "Kenapa Mama tak menangis macam orang lain? "
Aku jawab, "Abah dan Mama akan menangis kalau Ariff tak dapat 5A..."








.

27 comments:

Anonymous said...

tahniah buat semua yg berjaya!

Nizam.Ariff said...

KA,
thanks...

LydSunshine said...

Tak salah. Cuma mungkin sense of terharu ko kurang kot. Hehehe. Tahniah utk Ariff.

jeb said...

tahniah kepada parents dan guru yang mendidik..juga tahniah kepada anak yang belajar..

Nizam.Ariff said...

LyDS,
aku menjaga hati ibu bapa yang tak dapat 5A, bagi menjaga adab... apa pulak perasaan dia org nanti. Biarlah kami menangis ketika sujud kesyukuran...



Jeb,
thanks, bro...

aza ni said...

alhamdulillah
syabas dan tahniah buat ariff,ayahnya dan ibunya serta guru guru

Fadhilah Maarif said...

tahniah..

Anonymous said...

tahniah kepada yang empunya kejayaan!

Nizam.Ariff said...

azani,
syukur... thanks...

FadhilahM,
Syukur... thanks...

SM,
Thanks... tapi jalan hidupnya masih jauh...

tasekM said...

tahniah Ariff.

cuti sekolah ni kena belajar basuh dan lipat kain baju sendiri tau.
nnti nk duduk asrama...








tahniah juga buat Mama dan ko, bro...





.

Nizam.Ariff said...

TM,
harus juga aku suh dia buat tu...
thanks.

Jna marcello said...

congrtasssssss....
ariff....
dan awk...kerana ariff tetap berjaya.

Nizam.Ariff said...

Jna,
thanksss...

sepa said...

mengingatkan aku pada debar aku tahun lepas...di tahun 2011!!!

ko bayangkan, anak aku sehingga tahun5 sekolah di luar bandar, yg sekolahnya untuk tahunnya hanya ada 21.! yang biasanya 17orang turn-up.! pindah masuk ke sekolah di bandar di tahun6, disebabkan dia budak baru, dia dimasukkan di kelas hujung... dia ada 9bulan untuk catch-up. paling mendebarkan ketika itu apabila GB umumkan hanya 23org sahaja yg dapat 5A, sedangkan tahun sebelum2nya tak kurang 40orang...! satu satu nama disebut dalam alphabetical order... dan nama yg ke-23 itula namanya, kerana dia di kelas hujung - dan satu2nya dalam sejarah penubuhan sekolah pelajar kelas hujung dapat 5A (jd lebih terharu.!)...

*apa2 hal, tahniah untuk dak Ariff. untuk ko jugak, dan untuk mem ko jugak.

kesimpulannya, silala tambah anak lg...!


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
ko nanges tak?

sepa said...

tak.! tak.! aku tak nanges.! aku maco. aku yang hensem-maco...

*ko.! mana ada jantan menangis, sekalipun mata depa berkaca, depa kata mata masuk habuk jeh.! aku rasa mata aku berkaca.!

.

Nizam.Ariff said...

sepa,
aahhh...!
Ko jiwa lembut tapi tak tahu kenapa tetiba jiwa ko jadi lembut...

hairul392 said...

Tahniah arif dan sekeluarga...

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
thanks....
dia nak hadiah.... handphone dia hilang jap tadi..

Lady Windsor said...

Tahniah untuk mak bapa semua pelajar yang dapat 5A dan tak dapat 5A..pada pandangan aku dalam peradaban moden ini 'A' itu adalah undang-undang manusia saja sedangkan ilmu survival kita bukan tertakluk kepada A di atas kertas semata-mata. Pengalaman, jatuh bangun, struggle dan banyak lagi aspek kehidupan yang perlu dialami manusia untuk menjadi insan cemerlang. Kalau seseorang pelajar itu tidak pandai atau tidak excellent tapi budi bahasa dan pekertinya disenangi orang sekeliling, aku rasa individu itu boleh dikategorikan sebagai insan berjaya juga dan kalau kita renung secara halus..sifat tingkah laku anak-anak juga adalah terhasil daripada acuan serta tangan mak bapak...cuma tuntutan hidup sekarang ini kalau ada A itu kita akan lebih dihormati dan dikagumi. Jadi tak dapat tidak kena berusaha untuk dapat A kan..

Tahniah Ariff!

Nizam.Ariff said...

LW,
aku setuju banget...
diri pelajar tu sendiri yang menentukan sama ada dia itu insan A atau D

ASH said...

hihihihihihihihihi
.
.
.
.
.
.
ok..
tahniah!
.
.
.
.
.
.
.
hihihihihihihihihi
ok ok ok..
.
.
.
.
.
.
.
aku dapatrasa dada ko sempit semput..
.
.
.
.
.
.
hihihihihihihihihi
maaf.....akak tumpang lalu
hihihihihihihihihi
aku memang....kan?

Nizam.Ariff said...

Ash,
mau tak nyer...
asyik nak terkencing je.... hahaha

cheryna zamrinor said...

Tahniah! Sha tumpang gembira:)

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
Thanks, sis...

'kalau kita gumbira tepuk tangan... pap-pap'

Su @ Aya said...

Tahniah!

Risau pikirkan anak saya w/pun next year dia baru darjah 5..

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
Darjah 5 la kena belajar betul2 sebab darjah 6 banyak latih tubi je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com