.
Hari ini aku buat keputusan tak mahu buat apa-apa. Selain rutin harian di rumah, aku tak mahu buat apa-apa. Aku cuba hayati jika aku buat keputusan untuk bersara awal. Dikala orang lain pergi kerja, aku cuma berdiri dan lihat jiran-jiran membuka pintu pagar dan memanaskan enjin kereta.
Aku dengar kicauan burung kelicap menghisap madu bunga. Aku lihat cahaya matahari mulai melimpah ke tanah. Kemudian aku lihat jiran-jiran berpusu-pusu keluar mengejar masa untuk bekerja atau menghantar anak ke sekolah.
Kemudian, suasana menjadi sepi seketika. Lebih kurang pukul 9am, satu kelompok jiran pula keluar. Aku rasa mereka ini mungkin mempunyai perniagaan sendiri, jadi masa mereka lebih fleksible.
Dan aku? Selepas basuh dan sidai baju, dan siram pokok cili, sweet bazel, nanas madu, pegaga, peppermint dan bunga-bunga hiasan, dan bagi ikan puyu makan, apa lagi yang aku nak buat?
Aku buka TV. Aku berbaring dan tonton TV tapi aku perasan yang rancangan yang aku tonton itu hanyalah ulangan seminggu yang lepas. Apa lagi aku nak buat di sini?
Aku tak boleh keluar jalan-jalan sebab kalau aku bersara awal, aku perlu tahan dari berbelanja yang tidak perlu. Jadi aku keluar ke pasar. Aku beli sayur dan ayam. Aku tak boleh beli ikan kerana mahal.
Jam baru pukul 11am. Aku ambil keputusan untuk masak untuk makan tengahari dan malam sekali. Mama puasa hari ini, jadi nanti dia tak perlu masak lagi. Aku masak buah labu kuning dan ayam masak kicap. Kemudian, aku nak buat apa lagi?
Apa yang aku nak buat bila bersara awal nanti? Sebelum ini ada banyak perancangan untuk aku isikan masa dan jana pendapatan sampingan untuk terus duduk di sini. Tapi apabila aku sendirian begini, aku buntu.
Esok ada hari untuk aku duduk diam-diam lagi. Mungkin esok aku ada idea nak buat apa.
.
2 comments:
erk....rietta pown nak bersara awal...tapiiii...nnti nak fikir nak buat apa yea masa bersara tu....
HJ.
Jom fikir sama2.... aku buntu ni...
Post a Comment