Friday, July 28, 2017

Mahu pencen awal? Tentukan situasi diri dulu...

.

Seorang sahabat, pada satu petang, berbual tentang dia nak pencen awal. Kami berbual secara maya (baca: whatsapp).

Kami bertukar2 pandangan dan perancangan. Sambil berbual itu (baca: menaip), aku lakarkan sesuatu:



Aku suruh dia tentukan situasi dirinya untuk 3 perkara itu: passive income, active income, basic expenses - high, medium, low.

Basic expenses ye. Perbelanjaan nak melancong, bayar ansuran emas permata, bayar duit kutu, belanja dapur untuk lauk ketam dan udang galah etc bukan basic expenses ye. Basic expenses adalah bil-bil dan komitmen lain yang perlu dibayar, termasuk sewa atau ansuran rumah dan kereta.

High, medium, low: ia bergantung kepada tafsiran diri. Bukanlah kuantitatif, ia lebih kepada kualitatif. Nilai RM100 bagi orang kurang berada tidak sama dengan orang kaya.

Ada 3³ = 27 kombinasi. Kombinasi2 itu boleh dikategorikan kepada 5 situasi: tenat, tak stabil, stabil, selesa dan mewah. Contohnya:



Biasanya kalau dah tau keadaan diri, kita akan bermotivasi untuk mencari jalan untuk menjadi lebih baik.


.

2 comments:

cinta said...

Wah. Rumus yg bagus. Reliable gauge. Minta izin nk share.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Silakanlah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com