Sunday, March 18, 2018

DIY aircond .... ibarat baiki labu

.

Bertahun dulu, aku ada beli set pencuci aircond. Aku cuci sendiri, jimat sikit.

Tapi kali ini, aku berani sikit...tak ikut SOP. Sepatutnya aku guna sabun yang disediakan dan pancutkan air dengan pam yang disediakan juga. Tapi tangan gatal nak seluk blower dengan jari dan berus gigi. Kononnya, tadah je berus gigi semasa bilah blower berputar. Auto-cuci heheh..

Akibatnya...


Terlupa yang bilah blower itu nipis (blower perlu ringan untuk lebih efisien) dan berputar laju. Maka patahlah beberapa bilah.

Apabila patah, putaran blower jadi tak stabil sebab tak seimbang. Akibatnya, aircond bergegar. Kalau setakat gegar tak mengapa, ini sampai berdecit. Ganggu tidur aku.

Jika dibiarkan juga, lama kelamaan ada banyak komponen jadi longgar. Bearing pada motor pun boleh rosak. Maka, aku panggil yang pakar untuk ganti blower dan cuci terus.


Nak jimat kunun...duit melayang juga...

.

3 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

xpe, belajar dari pengalaman....

Nizam.Ariff said...

HJ
Lepas ni tak buat dah...itu lah pelajarannya...hahaha

Muhammad Tayyab J. said...

Good work. Keep it up.
Also, Please check out my game Traffic Racer .
Thanks

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com