Friday, March 2, 2018

Dorani Bayu Resort: Day 2

.

Orang ke pantai mungkin atas 3 perkara: berjalan di pantai, mandi laut atau memancing. Jadi, aku.google jadual air pasang surut.

Oleh kerana air pasang seterusnya mulai jam 3 am, maka aku tak boleh lepaskan peluang ini. Kalau tidak, ia menidakkan sebab aku ke sini.


Maka, aku tak tidur hingga ke subuh.

Dan bukan aku sahaja. Ada beberapa bot kecil juga sedang 'bekerja" di laut landai.


Dan menikmati suasana pagi yang hening di pinggir laut...adalah satu anugerah yang jauh lebih bernilai daripada beberapa ekor ikan duri.

Masuk jam 7 pagi, air sudah surut semula. Tak guna menunggu kail lagi. Kami keluar mencari sarapan, hala tuju: Sg. Besar yang terletak kira2 10 minit berkereta.

Pusing2 awal pagi, suasana pekan Sg Besar tidak sesibuk di Shah Alam. Kami makan di Restoran Kuala Kurau. Pagi2 lagi sudah ada Mee Rebus berkuah keledek.


Dan ada Pulut Panggang mega ini, selebar pinggan plastik itu. Inti pun sedap. Harganya RM1.50.

Kami singgah di Pasar Basah di jalan stadium Sg Besar. Rata2 aku dapati harga hasil laut di situ 20%-30% lebih murah daripada pasar basah Sek 6, S. Alam. Malah, lebih segar.

.

4 comments:

Hans Hanis said...

barang2 basah kalau dkt selangor ke kl memang selalu mahal2

Anonymous said...

cuti - cuti malaysia ke?

sepa said...

ikan duri masak asam pedas pun ngam jugak yob

Nizam.Ariff said...

Hans.
Dah la mahal, tak berapa segar lak tu..

Rap.
Habiskan cuti..

Sepa.
Ikan belukang sedap la...ikan duri ni kurang isi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com