.
Hari santai hari Ahad, aku buatkan serunding kelapa dengan daging. Masa kecil2 dulu, serunding ini biasanya juadah mesti ada di kenduri2 kahwin di kampung aku.
Serunding ini bukanlah untuk dihidangkan di khemah2. Ia biasanya dibuat khas untuk dibekalkan bersama2 'berkat' atau tapaw untuk para jemputan bawa balik.
Aku kata kat Mama, serunding ini sedap dimakan dengan nasi sejuk.
"Kenapa nasi sejuk pulakkk...?" Tanya Mama comel.
Entahlah...
Mungkin kerana nasi 'berkat' itu telah sejuk bila sampai di rumah, maka aku tak pernah makan serunding kelapa dengan nasi yang masih panas....hahaha
.
3 comments:
sedapnya.
makan dengan roti pun sedap.
sVs lagi suka serunding kelapa berbanding serunding ayam atau daging.
Rap.
Ooo...boleh ek...
SvS.
Psstt... Jawe eh?
Post a Comment