Tuesday, December 25, 2018

Ep. 10 Kembara di 2 Tanah Haram

.
MENCARI RAUDHAH

Boleh dikatakan inilah antara dicari2 di Masjid Nabawi. Raudhah... Antara taman2 syurga.

Hari pertama di Madinah, dimalam kami sampai dari Mekah, kami terus mencari Raudhah dan ziarah Nabi SAW. Itulah kali pertama menjejak kaki masuk ke masjid. Ustaz terus ajak beratur ke Raudhah dan ziarah Nabi SAW sebab katanya tak manis kalau tangguh2 ziarah Nabi SAW sedangkan baginda sentiasa menunggu kunjungan umatnya.

Setelah beratur dalam 30minit, sampailah giliran kami masuk ke Raudhah itu dalam jam 10.30pm. Kawasan Raudhah ditandai dengan karpet berwarna hijau tua. Dapatlah bersolat dan berdoa dalam 15minit sebelum disuruh beredar untuk kumpulan seterusnya. Raudhah itu taman syurga tapi ketika di situ aku dapati bahagian jemaah wanita terlalu bising. Manakala di bahagian  jemaah lelaki pula dengan adegan berebut dan tolak menolak. Tiada suasana aman, tenteram.

Selesai perkara utama, ustaz berikan petua kalau mahu dapat ihtikaf lebih lama di Raudhah. Katanya, mulai beratur jam 2.30pm dengan harapan kita masuk ke ruang Raudhah itu pada jam 3pm (Asar masuk jam 3.10pm). Kerana pada jam 3pm, ruangan Raudhah jemaah wanita akan dibuka untuk jemaah lelaki, manakala jemaah wanita akan disuruh beredar, sehinggalah selepas Isya'.

Apabila kawasan Raudhah jemaah wanita dibuka untuk lelaki, carilah saf yang berada di atas karpet hijau. Inshaallah, akan berada di situ sehingga Maghrib. Tapi perlu kekal berada di dalam saf. Jikalau keluar dari saf, polis akan suruh keluar.

Aku ikut petua ustaz itu. Syukur.


Corak karpet di Raudhah...


.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com