Wednesday, December 26, 2018

Ep. 11 Kembara di 2 Tanah Haram

.

Semasa di sana, aku ada terbaca satu mesej tentang bumi Arab yang kembali subur. Beberapa kawan maya pun minta aku tentu-sahihkan maklumat itu.

Semasa perjalanan ziarah ke sana-sini, mata aku memandang ke luar tingkap bas. Aku tenung jauh-jauh ke atas dataran berbatu, ke lurah-lurah bukit. Ya, memang aku dapati rumput-rumput hijau telah tumbuh dan mulai berbunga putih, dari lembah sehinggalah ke puncak gunung, asalkan ada tanah.

Langit juga berawan. Mungkin musim sejuk / tengkujuh hujung tahun, fikir aku. Apabila ditanyakan kepada pemandu bas (oleh ustaz yang pandai berbahasa Arab), dia berkata tidak pernah melihat keadaan sebegitu selama 40 tahun. Bermakna, kali terakhir ia melihat tanah menghijau sebegitu ialah 40 tahun dahulu.






Ada 2 perkara yang perlu diutarakan.
Pertama, kenyataan itu bermaksud tanah Arab telah berubah dari tandus kepada subur. Seperti yang digembar-gemburkan di media sosial, situasi begini menghampiri apa yang dikatakan sebagai tanda-tanda Kiamat (yakni apabila tanah Arab kembali subur).
Kedua, walau pun begitu, keadaan rumput menghijau dan tanah yang lembab pada masa ini bukanlah yang pertama kali kerana ia pernah berlaku kira-kira 40 tahun lalu (seperti yang diceritakan oleh pemandu bas). Oleh itu, fenomena tanah Arab menjadi subur sekarang ini bukanlah kes terpencil yang perlu dirisaukan.

Mana satukah yang benar?


.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com