Sunday, December 16, 2018

Ep. 2... Kembara di 2 Tanah Haram

.
Seusai solat subuh, kami tunggu dalam 45 minit sebelum lakukan tawaf wajib supaya dataran tawaf kosong sedikit, kami beri laluan kepada jemaah buat tawaf sunat selepas solat. Habis tawaf wajib dan solat sunat, kami lakukan saie dan tahalul. Tertunai yang wajib. Kami lega kerana barulah kami boleh bersarapan dan berehat di bilik. Kami pulang ke bilik jam 9.30am.

Hari pertama di Makkah adalah hari bebas kami. Sementara menunggu solat Zuhur yakni jam 12.11pm, inilah masanya untuk bertanya pada mutawif tentang perkara2 afdhal dan strateginya. Syukurlah mutawif se bilik dengan aku. Mudahlah nak dapatkan petua. Dia senaraikan beberapa agenda yang menjadi cabaran untuk aku:

  • Kucup Hajar Aswad
  • Solat di Hijr Ismail
  • Berdoa di Multazam
  • Berdoa di maqam Ibrahim
  • Bersolat di tempat imam bersolat
  • Menyentuh dinding batu di rukun Yamani. 

Nota dari mutawif:
Kucup /sentuh hajar dan menyentuh rukun Yamani adalah rukun tawaf untuk mazhab Hanafi (kalau aku tak silap) jadi berilah laluan kepada mereka. Kita lakukan jika ada ruang sahaja. Manakala menyentuh dinding rukun Yamani hanyalah cabaran ustaz kepada aku sahaja, tak ada amalan dalam mazhab Syafie pun.

Berkenaan solat di tempat imam, sebenarnya ada tanda kotak perang pada dinding kaki Kaabah atau Syazwran di sebelah kanan pintu Kaabah. Di hadapan itulah imam bersolat. Di tempat itu diriwayatkan Jibril melakukan solat untuk ajar Nabi kita bersolat. Ini juga tiada amalan khusus untuk mazhab Syafie, hanya sekadar cabaran untuk aku.





Kenapa cabaran? Kerana tempat2 itu penuh dengan orang, hampir setiap masa. Orang2 dari India, Pakistan dll terutamanya negara2 bermazhab Hanafi/Maliki.

Alhamdulillah, aku dapat lakukan cabaran2 itu. Nanti2 aku ceritakan petua / cara yang diperturunkan oleh ustaz.

Sebelum itu, elok aku beritahu hari2 dan masa2 yang kurang sedikit orang di dataran  Kaabah.

  • Hari Ahad - Rabu biasanya kurang sedikit berbanding Khamis - Sabtu, sebab orang Arab bercuti mulai petang Khamis - Sabtu, jadi padat dengan orang Arab berbadan besar.
  • Kalau musim cuti sekolah, eloklah sampai pada minggu awal cuti. 
  • Masa sesuai ialah masa kebanyakkan orang makan, berehat atau tidur. Contoh: sejam lebih selepas usai solat subuh, selepas solat Isya jam 9pm dan 2 jam sebelum solat Subuh jam 3.30am.
Untuk lakukan cabaran2 itu, jangan ketika tawaf Umrah kerana ada hal2 berkaitan ihram, takkan nak berasak2 dengan pakaian ihram. Elok lakukan cabaran2 itu ketika tawaf sunat kerana boleh pakai seluar dan baju. 

Sambung...

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com