Setelah mendapat beberapa cabaran serta petua dari mutawif, aku bercadang untuk melihat-lihat kawasan Kaabah dahulu. Solat berjamaah di dataran Kaabah kena direbut, kena datang sejam awal jika mahu tempat kerana cepat penuh. Jika penuh, polis akan tutup laluan dan arahkan ke kawasan lain.
Setelah solat Zuhur, aku tengok dataran Kaabah padat dengan jemaah. Aku tunggu pula selepas solat Asar, pun sama.
Pada waktu Isya, aku bersolat di aras bumbung, naik ikut eskalator bersebelahan pintu No. 90.
Waktu Maghrib membawa ke Isya adalah masa terpadat kerana jemaah buat tawaf sunat sementara masuk waktu Isya. Jadi, aku rancang untuk datang semula kira2 jam 9pm yakni 2 jam selepas solat Isya.
Di bilik, aku tonton TV secara langsung keadaan di dataran. Oleh kerana Hotel Al Safwah hanya 10min ke dataran Kaabah, kalau aku lihat dataran kosong, aku akan sempat ke sana sebelum jemaah lain perasan.
Dalam jam 9pm, dataran Kaabah tidak ramai orang. Mungkin mereka berehat makan malam. Aku terus ajak Mama dan Mak Mertua untuk turun. Alhamdulillah, memang tak ramai pada masa itu. Kami masuk ikut pintu No. 90 yang boleh tembus ke Rukun Yamani. Mudah untuk tuju rukun Yamani kerana tawaf sunat dimulakan di penjuru Hajar Aswad.
Setelah turun ke dataran, kami solat sunat hajat dahulu, minta dimurahkan rezeki menghampiri Kaabah dan dipermudahkan. Kemudian barulah kami mulakan tawaf sunat beberapa pusingan, setiap pusingan kami akan masuk ke trek dalam, hampiri Kaabah.
Seperti yang dirancang, kami dapat beberapa ruang untuk hampiri Multazam, memegang Kiswah, masuk dan berdoa di dalam Hijr Ismail dan merasai batu binaan asal Kaabah di rukun Yamani. Kami juga sempat bersolat di bahagian dinding pintu Kaabah. Kami biarkan Hajar Aswad kerana masih ada adegan tolak menolak di situ.
Puas Mama usap Kiswah, siap dengan selfie lagi... |
Memanglah jemaah sentiasa ramai tetapi pada masa itu tidaklah seramai siang tadi. Tidaklah terlalu berasak-asak sampai bertolak-tolak kecualilah di Hajar Aswad.
Lagi pun, jemaah yang ada boleh dibawa berbincang sebab pada masa itu tak bersesak-sesak. Cakap sahaja 'solat! solat!' atau 'doa!', inshaAllah mereka akan faham dan beri ruang selama 3-5minit untuk kita solat atau berdoa.
Itu hari pertama di Makkah. Usai tinjauan, kami pulang ke bilik masing2 dalam jam 10.30pm. Aku segera laporkan tinjauan aku kepada ustaz mutawif. Lalu dia berikan komen dan petua-petua lain.
Sekarang, aku lebih berkeyakinan untuk menyahut cabaran yang diberikan ustaz mutawif semalam.
Sambung...
.
No comments:
Post a Comment