Saturday, March 9, 2019

Sabun Cap Buruh versus Sabun Cap Kapak

.

Dalam satu entri bertahun dulu, ada aku tulis tentang sabun Cap Kapak. Ramai juga yang respons kepada entri itu, malah setelah bertahun pun masih ada juga yang bertanya di mana boleh dapat.

Sabun Cap Kapak itu aku beli di kedai runcit di Jasin, Melaka. Pada hari ini pula, Sabun Cap Buruh...aku beli di kedai runcit di Langkap, Perak.



Fungsi dan keberkesanannya sama sahaja sebab asas  ramuannya sama. Sabun ini memang dicari oleh orang2 yang pergi Umrah atau Haji sebab sabun ini tak ada pewangi, boleh diguna untuk basuh pakaian untuk berihram.

Dan ianya sangat berkesan untuk kesan daki pada kolar, sarung bantal kepam bergris, kesan darah pada cadar... Settle weh.

.

3 comments:

Mrs. A said...

Mak Mrs. A suka guna sabun cap buruh ni sebab jari dia alahan kalau guna sabun buku yang lain-lain tu.

Nizam.Ariff said...

Mrs A,
Ramai yg kata begitu...

amirah said...

maaf nak tanya..sabun ni keluaran Malaysia or Thailand ye? Ada cop Halal x?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com