'Sedap mulut' itu aku rasa lebih kepada percakapan tak bertapis dek bijaksana atau 'cakap lepas'. 'Ikutkan nafsu' itu lebih kepada perbuatan yang kurang berakal. Oleh kerana aku nak tulis tentang makanan, aku rasa yang lebih tepat ialah 'ikutkan tekak' atau mengutamakan selera berbanding lapar.
Apabila yang lapar itu tekak bukannya perut, maka apa yang difikirkan adalah singkat, sesingkat mata memandang susunan juadah atau layangan imej makanan dalam fikiran. Fikiran belum pun sempat turun sejauh perut, sudah tersekat di tekak. Apa lagi, apa yang tekak nak rasa, tekak dapatlah.
Apabila tekak yang lapar, kita akan dapati makanan yang dipilih menjurus kepada nafsu serakah. Ia dipengaruhi elemen-elemen sensori seperti warna, susunan / presentasi juadah, bau, rasa yang berkaitan pengalaman lepas atau kaitan (association) dengan yang pernah dilihat atau dirasa...banyak lagi. Tetapi rata-rata ianya tentang 'rasa'. Itulah tekak.
Apabila perut yang lapar, kita akan dapati elemen-elemen luaran seperti di atas itu kurang diberikan perhatian. Kita akan memilih makanan-makanan yang dianggap berbaloi (worth) untuk tubuh badan.
Jika berfikir secara perut, cubalah bayangkan keadaan hidangan ini apabila tiba di perut!:
- Sarapan: teh tarik, roti canai banjir dengan kuah kari campur dhal dan sambal.
- Tengahari: sirap limau, nasi gulai lemak daging salai, sambal belacan dan timun.
Cuba bayangkan apabila ianya bercampur, bagaimanakah rupa / keadaannya di dalam perut?
Dan bayangkan, makan 3 kali sehari sedangkan berak cuma sekali sehari.
Bak kata orang tua-tua, sedap di tekak itu cuma beberapa saat sahaja, sedangkan perut yang merana lebih lama untuk tanggung semuanya.
.
2 comments:
tu pun mujur kalau dapat berak sekali sehari kan? kalau sekali seminggu?
Kay.
Kena pump la... Euuooo
Post a Comment