Friday, October 30, 2020

Percubaan Buat Perangkap Ikan Ketutu @ Ikan Haruan Ubi

Bertahun-tahun dulu, abang aku pernah membela lebih 30 ekor anak Ketutu di dalam kolam simen di kampung. Anak Ketutu itu ditangkap di lombong2. Ikan Ketutu adalah jenis nocturnal / aktif pada waktu malam. Jadi, pada waktu siang, ia akan berdiam diri di dasar kolam dan menyorok di celah atau bawah kayu atau batu.

Salah satu tempat menyorok tiruan yang di letakkan di dalam kolam ialah paip PVC dengan panjang sekaki.

Gelagat Ikan Ketutu yang gemar menyorok itu mencetuskan ilham untuk aku cuba buat perangkap. Aku gunakan paip PVC bersaiz 4 inci.

Keadaan tasik selepas hujan


Injap dibuat daripada lidi satay


Sedia untuk beraksi


Semalam, aku buat percubaan di tasik di belakang rumah. Tujuannya ialah untuk lihat sama ada ia kekal di dasar atau terapung. Nampak gayanya, paip PVC itu kekal di dasar.

Seterusnya, aku kena fikirkan sama ada perlu atau tidak diletakkan umpan dan umpan apa yang sesuai. 

Perangkap ini perlu diletakkan paling kurang semalaman. Jadi, aku tunggu hujung minggu nanti untuk dicuba. Buat kali ini, percubaan tanpa umpan.

2 comments:

Zhi said...

Aku terpaksa gugel untuk tahu macam mana rupa ikan ketutu dan rasa menyesal pulak gugel. Apesal ngeri je muka dia.. ummphh..

Nizam.Ariff said...

Zhi,
Ikan mahal tuuu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com