Monday, October 26, 2020

Shah Alam Backyard Trail - Bukit Bandaraya entrance

Backyard Trail atau laluan rentas hutan dara untuk laluan mula Bukit Bandaraya ni lokasinya di belakang perumahan aku je. Trail tu dah lama wujud, hanya geng-geng memancing dan basikal hutan je yang tahu pada asalnya. Mereka yang tegar dan tegap sahaja yang masuk ke dalam tu.

Tapi sejak setahun dua ni, trail ini semakin terkenal. Setiap hujung minggu kadang2 sampai berpuluh2 kenderaan diletakkan di tepi jalan, sehngga mengganggu kenderaan kami untuk keluar masuk. Sekarang ini, pengunjung telah sedar dan mereka letakkan kereta di tepi jalan di sebelah Surau At-Taqwa, kira2 100m dari laluan masuk.

Kalau dulu hanya yang tegar dan tegap sahaja yang masuk hutan, sekarang ini dah jadi aktiviti keluarga pula. Budak2 kecil pun dibawa masuk. Bagus juga tu, sebagai pengenalan kepada flora dan fauna.

Aku? Aku yang duduk sejengkal dari laluan masuk pun tak pernah masuk hutan. Sehinggalah semalam. Sebelum ini, aku masuk ke sana untuk memancing di tasik sahaja (sila rujuk beberapa blog entry sebelum2 ini).

Atas sifat ingin tahu tentang penyebab keterujaan pengunjung untuk meletihkan diri dengan berjalan di dalam hutan itu, kami sekeluarga pun masuklah. 

Semalam kami mulai berjalan masuk sekitar jam 10:50am dan keluar jam 1:05pm tatkala azan Zohor kedengaran dari Surau At-Taqwa. Lebih 2 jam perjalanan. Itu pun hanya pusing tasik (di kenali sebagai laluan Tasik Raja). Ada laluan lain menyimpang ke Tasik Cermin dan Bukit Saputangan. Aku tak naik ke sana sebab cuaca mendung tengahari semalam. 

Inilah beberapa foto yang aku ambil dalam mengah nafas turun naik:














8 comments:

ewanthology said...

laluan landai ke? klu byk yg curam letih juga tu.

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Naik turun juga... Tapi taklah sampai bertali. Pegang anak pokok je.

Ah lee said...

Bro...papan tanda clear ke ? Ingat nak pergi sana seorang.

Nizam.Ariff said...

Ah Le,
Papan tanda di persimpangan memang clear. Tapi trail tu tak clear sangat. Kena tengok tiger rope yg kat pokok betul2 sbb ada lorong shortcut yg orang lain buat.

azryezafry said...

kalau bawak kayak masuk tasik tu boleh ke ? ikan apa je ada ek ?

azryezafry said...

kalau bawak kayak masuk tasik tu boleh ke ? ikan apa je ada ek ?

Loco said...

Boleh ikut memancing sini nanti. Hehehe

Nizam.Ariff said...

Azry, ada nampak org berkayak. Ada juga yg mancing atas kayak. Ikan PB yg banyak

Loco, tasik tu masih terbuka kpd awam... Silakan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com