Thursday, November 12, 2020

Norma Baharu vs Gaya Baharu

Sejak falsafah 'Norma Baharu' diperkenalkan pada awal tahun ini, tak ramai yang boleh hadam dan hadap. Walau pun sudah hampir setahun dan hampir setiap hari diulang-kata oleh KKM, tekak masih payah nak telan.

Norma Baharu tidaklah membuatkan gaya hidup jadi lebih teratur. Jadi kelam-kabut dan tongang-langgang mungkinlah. Padahal sepatutnya tak begitu kerana Norma Baharu itu dikepilkan sekali dengan segala SOPs dan aturan. Ikuti SOPs dan aturan, maka patutnya menjadi lebih teratur. Tapi kenapa jadi kelam-kabut? 

Pertama: Penolakan (Resistance). Bagi mereka yang masih muda, yang tak pernah hadapi zaman darurat atau 'marshal law' (dengan izin), peraturan ketat yang mengawal itu ini tidak boleh diterima di zaman di mana hak dan kebebasan diperjuangkan. 

Kedua: Keutamaan (Priority). Kelangsungan hidup (survival) itu lebih penting daripada segala-galanya. Orang akan buat apa sahaja untuk hidup.

Ketiga: Kedegilan. Keadaaan dimana seseorang itu sengaja enggan menurut kata padahal perkara yang mahu dibuat itu bukanlah kemestian, malah mungkin bukan satu keperluan pun. 

Ini semua adalah sesuatu yang biasa terjadi dalam mana-mana perubahan / transformasi sosial. Tak perlulah lihat kepada masyarakat sebesar dunia atau negara. Cukuplah sekadar lihat kepada keluarga kita, anak-anak kita. Bukan mudah untuk mengubah perilaku atau 'behaviour' (dengan izin). Kadang-kadang memerlukan usaha seumur-hidup, malah kadang-kadang itu tak mampu diubah pun.

.   

2 comments:

ewanthology said...

dah terkena baru tahu erti penyesalan.

Nizam.Ariff said...

Ewan
Mudah lupa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com