Friday, May 7, 2021

Lukisan pada kaca jiwa

Kaca dan cermin. Dua benda daripada asas yang sama. Dalam penulisan, kedua2nya memikul beban makna yang berbeza.

Kaca = rapuh, lemah, gerigis tajam, melukakan, palsu, sedih, dugaan...

Cermin = biasan, bayang, refleksi, diri, anggun, bijaksana, pintu kias, sufi... 

Dan kaca di bawah ini telah dicalit tinta dari langit... 


Tinta tanpa warna dipalit dengan cahaya, menjadi lukisan suasana. 

Kaca itu menjadi kanvas sementara. Apabila kering, lukisan pun hilang. Lakaran itu menjadi memori, tersimpan dalam kaca, dalam jiwa yang berkaca, dalam mata yang berkaca-kaca. 

Tengkujuh itu datang, tengkujuh itu bakal pergi. 


2 comments:

Laura Cantik said...

cuaca sukar diramal.
semoga dipermudahkan.

Nizam.Ariff said...

LC, aaaminnnn

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com