Wednesday, January 7, 2009

SkeTsa: Kulum-kulum

"Engko ke yang hantar Milah ke sekolah petang ni?"

Senah julurkan tangan. Kemilau emas di lengan. Dipulas-pulasnya pisang berangan sampai bercerai dari sikatnya. Dia lurut kulit pisang berangan itu hingga ke pangkal. Perlahan-lahan sebab pisang itu hampir benyek.

"Tak. Ayahnya yang hantar"

Terkedek-kedek Minah Jeran menatang air teh dari dapur. Senah asyik menikmati pisang berangan yang pecah di mulut, bukan di tangan. Sekejap pipi kanannya kembong. Sekejap pipi kirinya pula kembong. Dia 'passing-passing' pisang lunyai tu ke kanan dan ke kiri dengan lidahnya. [Wueekkk!]

"Baru seminggu sekolah dah ada tusen..tusyen? Alah, susahnya nak sebut bahasa moden ni" Senah.

"Bukan tusen. Ada bende lain, seminggu sekali je. Budak tu kata ...kulum-kulum...ke apa ke" Minah Jeran.

"Eh, kecik-kecik lagi dah diajar kulum-kulum? Dah buang tebiat ke sekolah zaman sekarang ni?" Senah.

...

"Hah! Petang ni kamu kulum-kulum apa Milah?" Minah Jeran.

"Bola Lisut......"

Astaga! Melopong mulut Senah, menampakkan pisang berangan yang lunyai dalam mulutnya. [Wueekk!]




.

7 comments:

tasikmerah said...

mampus la nk kulum bola lisut!

ha ha.

:p

Princess Liyana said...

huhuhu..ko-kurikulum kah?wakaka ;P

addyaholix said...

haha kulum-kulum!
dapat idea baru nak sakat kawan haha~

Nizam.Ariff said...

TM,
Dia jilat je kut...hahaha

Princess,
Aku pun kengkadang tergeliat jugak nak sebut..;)

Addy,
you're welcome...mai sakat ramai-ramai...hahaha

hegira said...

haha.. kulum kulum lah pulak.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Ada pepatah baru: Ibarat kulum lidah sendiri.
Maknanya: kempunan akan sesuatu yang tak mungkin dapat.

Hahahaha

sticker said...

It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG
jordan shoes

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com