Thursday, March 26, 2009

Cerita Tentang Kambing

Semasa aku bercuti di kampung, aku sempat berjumpa kawan lama tapi tua 5 tahun dari aku.

Dia sekarang mengusahakan ternakan kambing Boer. Aku sempat interbiu dia serba sedikit dan ini adalah cerita tentang dia. Mudah-mudahan ada pengajaran yang kita perolehi.


Dia ni pernah kerja kilang di Kelang. Kemudian, dia berpindah ke Melaka. Dia kerja di Melaka selama 15 tahun. Dia juga menjalankan perniagaan MLM dan 2 tahun lepas, dia berhenti kerja kilang. Kemudian, dia balik kampung dan mengusahakan tanah beberapa ekar peninggalan bapak dia dengan ternakan kambing. Itu latar belakang kerjayanya.

Tahun lepas, aku dapat tahu dari abang aku yang tinggal kat kampung tu, yang projek ternakannya itu menghadapi masalah. Kambingnya banyak yang mati. Abang aku kata ternak kambing ni leceh. Manja sangat. Itu komen negatif abang aku.


Semasa 'lagan' kenduri kawen anak sedara aku hujung minggu lalu, aku sempat 'berdayung' sudip sekawah dengan dia. Ini ceritanya:

Selepas dia berhenti kerja dan ambil keputusan menetap di kampung, dia memulakan ternakan kambing jenis Boer sebanyak 40 ekor anak kambing, kosnya RM500 sekor. Itu tak termasuk kambing jantan. Modal untuk kandang pula cecah belas-belas ribu. Keseluruhannya, modal permulaan sebanyak RM46,000.


Aku tanya dia, kenapa tak minta bantuan dari kerajaan? Dia kata, dia dah pergi ke pejabat yang berkenaan tapi kecewa sebab pegawai tu minta 50:50. Maksudnya, kalau anak kambing tu 20 ekor, 10 ekor pegawai tu punya. Kalau pegawai tu kata sekor RM500, dia kena bayar kat pegawai tu RM5,000, baru dapat semua 20 ekor. Dia tak nak. Dia bukan jenis orang macam tu. Tu sebab dia guna modal sendiri. Dia kata, bukan senang nak minta tolong dari kerajaan, cakap je lebih. (Moral cerita: Rasuah masih berleluasa).


Bercerita tentang kambing yang mati, memang dia ada masalah pada awalnya. Kambing dia mati dan dia tak tahu puncanya. Dia pun pergi kursus dan dia tahu musuh utama kambing ialah cacing dan ada 15 jenis cacing yang merbahaya. Dia pun beli ubat cacing. Sebotol RM200 dan hanya untuk 20 suntikan, maknanya untuk 20 ekor je.


Aku tanya lagi, kenapa tak minta bantuan pejabat haiwan. Dia kata dia dah minta bantuan. Tapi, bila cucuk, esoknya terus mati. Cucuk je, esoknya mati. Dia pun naik pelik, ubat jenis apa yang dia orang cucuk kat kambing dia tu. Kesimpulan yang dia buat ialah, pegawai haiwan tu sebenarnya bukan tahu jenis cacing apa yang ada kat kambing dia. Dia aci cucuk je, janji kerja selesai. Jadi, dia beli sendiri ubat tu dari penternak swasta. (Moral cerita: selesaikan masalah sendiri, lebih baik).


Dia pun pergi kursus di MajuTernak, dia jumpa Dr. Adam. Doktor tu lah yang nasihat dia, lain kali tak payah panggil pegawai haiwan, dia orang main cucuk je sebab dia orang bukan khusus ternak kambing. Dari doktor inilah dia belajar tentang cacing. Yang penting, teknik pencegahan dan bukan teknik rawatan. Dia tahu tempoh eraman telur dan tempoh hidup cacing tu. Dari situ, dia rancang jadual pemakanan kambing. (Moral cerita: Ilmu itu penting dalam semua bidang, kalau nak berjaya).


Sekarang ini, dia ada dekat 80 ekor kambing. Aku tanya, dia dah mula jual? Dia kata belum lagi. Dia target 200 ekor. Anak kepada 200 ekor tu barulah dia jual. Itu lagi 1-2 tahun lagi.
Aku hairan, kenapa tak jual sikit untuk tampung belanja. Katanya, dia perlukan 200 ekor kambing setahun untuk jamin bekalan berterusan. Itu penting untuk 'supply chain'. Dan dia tak jual kambing dia sekarang sebab target 200 ekor tu la 'modal pusingan'. Kalau jual sekarang, dia mungkin tak dapat target pendapatan jualan setiap bulan. (Moral cerita: bersabar dan jangan 'termakan' modal, kalau berniaga).

Itulah cerita dari kawan aku, si pengembala kambing Boer.





Aku selalu tanya mereka-mereka yang nak bekerja sendiri termasuklah kepada abang aku. Kebanyakkannya bersikap negatif. Nak berjaya dan kaya tapi bila nampak masalah, terus tak jadi.
- Ternak ikan: Ancaman air tercemar, memerang dan burung.
- Ternak ayam kampung: Ancaman penyakit, makanan mahal
- Berniaga: Lokasi, lesen dan modal tinggi.
- Ladang: Baja, racun mahal, cuaca tak tentu.

Setahu aku, semua masalah termasuklah modal yang tinggi adalah 'Entry Cost'. Lagi tinggi kos tu, lagi terjamin la bidang tu sebab bukan semua orang boleh masuk daun.

Cuma, perlu atasi semua rintangan. Bila dah atasi, kita akan berjaya sebab bukan semua cekal untuk berjaya. Ambil iktibar dari kawan aku si pengembala kambing tu. Aku pernah suruh abang aku ikut sama jejak dia dan aku sanggup bagi modal, tapi dia kata ternak kambing ni remeh, banyak penyakit. Silap-silap, gigi kambing pun kena berus hari-hari.

Memang benar, kawan aku tu jumpa banyak masalah. Tapi, dia belajar dan tabah hadapi masalah satu-satu. Sekarang dia boleh dikatakan berjaya. Dan bagaimana kedudukkannya sebagai penternak kambing? Sudah tentu dia tak mahu tergugat. Dan kalau ada orang lain nak ternak juga, dia pasti kata yang ternak kambing ni susah dan kambing ada banyak penyakit. Maka, lunturlah semangat. Itulah 'entry cost' yang perlu dia bayar untuk berjaya dan tidak tergugat oleh pendatang baru.


Ye lah, kalau senang, semua orang nak. Nak pinang pompuan pun bukan senang, banyak syarat dari mak-bapak dia. Kalau senang dapat, dah lama pompuan tu disambar orang ...





.

18 comments:

hegira said...

mak ai. banyaknya pegawai tu mintak??? dia sedar tak tu duit yang tak berapa nak halal?

ashley said...

Nizam,
ada rancangan bukak PERNIAGAAN/perusahaan ke untuk setahun dua ke depan ni?

Pssstt...pegawai Kambing tu patut buat penternakan lintah jer..sebab macam SEKUFU jer ngan dia!

Nizam.Ariff said...

Alina,
Dia mesti tau. Dia pun org Islam. Aku suruh kawan aku tu report tapi dia kata pegawai tu dah pindah ke Taiping baru-baru ni. Aku ingatkan dia kena pindah sebab banyak buat hal, rupa-rupanya dia pindah sebab naik pangkat!

Ashley,
Tak tau la kak. Memang minat bidang pertanian tapi tanah tak ada lagi. Kalau umur dah cecah 45 tu, rasa-rasanya nak adalah sesuatu untuk hari pencen. Buat masa ni jadi pelabur je la..

AZANI said...

inilah akupun baru nak ngaji pasal bab pertanian.

ashley said...

Moral : jangan termakan modal kalau nak berniaga...( ADA bangsa Melayu dapat MODAL PINJAMAN dari bank cukup seronok..siap tukar kereta, tambah bini, perbesag ghumah..pastu untung entah ke mana, bank nak suruh bayark balik, depa buat muka kesian...Tapi ada yang baguih..dapat pusing modal..buat untung..untung pun pandai simpan dan pusing buat modal balik..NAK BERNIAGA memang kena SABAR dan banyakkan TAWAKKAL..kalau tidak, lupakan aje...)

Water Lily said...

Bercerita tentang orang kat pejabat haiwan ni,memang ada benarnya.

Ada ramai kawan-kawan akak yang bela kucing, bila pi ke doktor haiwan kerajaan saja,sure almarhum kucing tu. Apasal eh? apa penyakit yang melanda penjawat awam di tanahair tercinta nih?

xiiinam said...

waterlily.
(eh tumpang lalu Nizam..blogmu blog ku jua)
Tu pasal masa Imau sakit dulu anak2 ckLah sanggup kongsi duit utk operate di klinik swasta. Dr kt klinik krajaan gelakkan je..

kakpah said...

bila kita tengok orang berniaga dan berjaya, kita pun nak jadi macam dia. akak berangan macam-macam pasal berniaga ni. nampaknya masih dalam angan-angan. Sebab nak berniaga bukan je modal yang penting. Ilmu itulah yang tersangat penting. Ilmu untuk cari lokasi, ilmu untuk pasang strategi, ilmu untuk benda yang kita nak niagakan..... weh, memang poning. belum lagi termasuk ilmu menangkis perangai manusia. sebab tulah akak ni stuck dengan tadika ni je he..he..
Kawan kau ni insyaAllah akan okay. Nak senang mana ada jalan mudah. mesti lalui cabaran. Kalau senang semua orang nak berniaga, betul tak!..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Pertanian satu perniagaan...orang kata cuaca sekarang tak menentu, susah nak bertani. Tak pe la, cuaca tak menentu juga satu kos. Pisahkan je tanaman dengan cuaca tak menentu... tanam dalam rumah kaca. Org kat luar negeri dah buat lama dah...

Ashley,
Tu sebab aku tak berani nak meniaga... Ada satu towkey Melayu buat ladang buah Naga merah. Dia punya ladang tak cukup nak menampung permintaan pak arab yang nak konsisten 2 container sebulan. Dia tak mampu, so no deal... rugi.

Waterlily,
Aku teka, dia org tak update knowledge tentang kuman virus ni. Al maklum la, virus komputer pun dah macam-macam...

CkLah,
Jangan dia ketawakan orang sakit dah la... tu memang nak kena saman...

Kakpah,
Tu tak cukup lagi kak. Kena blajo ilmu santau, ilmu pendinding, ilmu tulang kongkang, ilmu buluh kasap, barulengkap kut... hahaha

tasikmerah said...

kalau kamu ke blog aku, ada satu blog projek bela kambing boer dan jamnapari yg aku namakan 'adi dan kambing'. itu blog adik ipar aku. dia juga penternak kambing. projek bersama adik aku no 2, 3, dan 4. yang bekerja adalah adik aku no 5 dan 6. ha ha. kami mmg keluarga kambing.

mereka semua ada kerja tetap. dan projek tu jalan sbb minat.

tapi kambing taklah banyak sgt, dalam 40 ekor sahaja. namun aku tetap bangga dgn semangat yg kental. dr satu kandang, tahun ni dah buat satu kandang lagi.

pejabat haiwan mmg buat sistem 50:50 atau mereka panggil sistem pawah. tapi aku rasa sistem tu ok juga. dia begini. pejabat haiwan akan beri kamu satu induk. anak kambing pertama yg lahir, perlu diserahkan kepada pejabat haiwan. anak2 yg berikutnya milik kita. ok, kan?

adik aku no 2 tu dah ambil kursus suntik2 kambing ni juga dan dia menyuntik sendiri kambing. juga buat servis suntik kambing pemilik lain atas permintaan. ya. setiap kambing ada jadual suntikan mcm jadual imunisasi anak2 kita masa kecik2 tu.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sistem pawah tu memang dari dulu lagi dah pakai. Sebabnya, anak kambing tu akan diberikan kepada penternak baru. Tapi, kalau dah nak bersuap tu lain le jadinya.

Kambing pun ada imunisasi ke? Aku nak makan kambing organik. Kat mana ada ?

hairul said...

ooo rupa cacing pun kacau kambing yer... tak tau pulak sebelum ni.. sebab adanya ilmu dan belajar dari masalah baru kita boleh berjaya dalam ape jua bidang pun.. dapatlah sebanyak sedikit tentang masalah kambing..

Nizam.Ariff said...

Hairul,
Tu baru cerita bab kambing...
Esok jadi datang rumah tak?

kakpah said...

ishh..ishh.. aku macam terbau-bau kambing la kat sini. Ada orang yang tak mandi ke.?..

tasikmerah said...

kambing organik? ada yek? hehehe...

ko series ke hape ni? :) tinggalkan add email kamu bang. kalau ada info esok aku roger. :)

.

Nizam.Ariff said...

kakpah,
Itu bau Tasek Merah la.... hahaha

TM,
Aku tak minat bela kambing. Aku minat benda lain, benda yang tak berbunyi macam ikan. Kecuali ayam kampung. Aku minat makan kambing. Kononnya, nak ikut sunnah sebab Nabi makan kambing, sebagai alasan. Tapi doktor aku tu kata Nambi makan kambing tapi Nabi juga kuat berpuasa dan beribadat, sedangkan aku nak makan kambing tapi puasa sunat jarang sekali.... emel aku: nizam.ariff@yahoo.com (Shhh... jangan tunjuk kat sape-sape yek...)

tasikmerah said...

nak carik gaduh la tuh...

;p


.

Nizam.Ariff said...

TM,
dah abih Jumaat pun masih garang lagi ke? Ala...kendur-kendur la sikit... hahaha. Jom rempit!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com