Friday, March 27, 2009

Tazkirah Jumaat: Islam separuh?

Ada kenali dia sebagai Ah Chong (bukan nama sebenar).


Aku kenal dia sebab urusan kerja dan itu bermula 4 tahun lalu. Umur dia dalam lingkungan 40an, aku teka. Aku tak tahu umur sebenarnya. Orangnya sedikit peramah dan beradab, walau pakaiannya macam anak Cina kebun sayur. Terlalu simple untuk orang yang sekaya dia.


Sekarang ni, dia towkey besar. Tanah komersial pun banyak jugak la. Tapi, dulu dia ni orang yang sangat susah. Belajar sampai darjah 3 je. Lepas tu, terus bekerja sebab keluarganya berpecah-belah. Dia dibela oleh seorang makcik Malayu sampai besar. Selama membesar itu, dia bekerja bermacam-macam sehinggalah berjaya seperti sekarang. Dia juga selalu mendengar nasihat dari 'Pak Aji' , orang Melayu, tentang bab-bab nak jadi kaya-raya ni. Pak Aji tu bagi tau macam mana nak kaya dengan jual-beli tanah.

Sekarang ni, dia dah kaya. Aku tak tahu berapa duit dia tapi dia pernah bagi tau yang orang hutang dia sampai juta-juta. Jadi, aku rasa dia mesti dah taraf Jutawan. Tapi, dia menghormati orang Melayu. Mungkin dek terhutang budi. Tapi, dia bukannya orang yang baik-baik sangat. Ye la, orang tercicir dalam pelajaran. Segala jenis gengsterisme dan kelab-kelab malam dah jadi rutinnya, katanya. Sesuai dengan jiwa Cina pekan yang tegar begitu. Tapi, itu dulu, katanya. Dia masuk kelab malam seawal usia 13 tahun. Itu pun dulu, katanya.

Tapi, satu perkara yang dia tetap amalkan sampai sekarang ialah berkunjung ke rumah makcik yang bela dia. Dia juga akan pastikan makan-minum makcik tu terjaga. Setiap kali dia berkunjung, dia akan bawa barang-barang dapur dan satu tin roti (biskut), sedangkan anak-anak makcik tu jarang-jarang jenguk maknya sendiri, itu katanya. Bukan aku yang kata.



Sekarang ni, aku kadang-kadang serba salah bila jumpa dia. Perkataan 'Assalamualaikum', 'InsyaAllah' dan 'Waalaikum salam' tu dah biasa dia sebut. Oleh kerana aku ingat bahawa Tuhan mengakui semua manusia adalah hambanya, cuma kebanyakkan manusia yang tak mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka; maka aku biarkan dia sebut. Ye la, dia pun hamba Tuhan juga, cuma dia yang tak mengaku hamba Tuhan.

Aku selalu juga sakat dia, bila mau masuk Islam? Dia kata nanti dia nak sunat dulu. Itu dulu.

Baru-baru ni, ada kawan tanya dia, dia dah masuk Islam? Sebabnya perkataan-perkataan itu selalu sangat disebutnya, hatta bila berjumpa 'big boss' aku. Dia kata, dia baru Islam separuh!

Dia cakap, dari pusat ke bawah dah ikut Islam. Tapi, dari pusat ke atas masih lagi Buddha. kawan aku tak faham.

"Itu pusat bawah ikut Islam sebab boleh 'kawen' ampat. Tapi, itu pusat atas ikut Buddha sebab boleh 'minum-minum' maaa..."

Haprak! Tapi tak boleh nak marah dia. Kita memang tak mampu nak hembuskan hidayah. Itu bukan kuasa kita.



Tapi, bila pikir balik kata-kata dia, aku rasa ramai juga orang Melayu kita yang macam tu....



.

10 comments:

Insyirah said...

Actually ramai non-Muslim yg telah menjadi Islam separuh. Cuma ALLAH belum beri hidayah kepada mereka. Sepandai mana sekalipun mereka tahu ttg hukum Islam atau lancar memberi salam...kalau ALLAH tak bagi hidayah...tak bleh nak jalan gak.

Teringat ada seorg cousin saya, dia selalu menyebut word "InsyaALLAH". Saya sendiri terkejut mendengarnya. Anyhow, saya hanya mampu doakan mereka juga mendapat hidayah ALLAH...insyaALLAH. ALLAH knows the best.

ibundo said...

Kita boleh dorongkan dia mengikut jalan yang benar. Mana tau, satu hari nanti dia akan nampak.
Dua tahun berturut-turut ada budak india datang register kat tadika aulad. Akak cakap kat mak dia tadika ni tadika islam. kami ajar anak-anak sembahyang, menghafal ayat quran, baca doa dan sebagainya. Mak dia kata dia tak kesah.
Dipendekkan cerita, bila tamat tadika selama dua tahun, anak dia boleh baca doa, mengucap, belajar sembahyang, baca yasin sikit-sikit.
Mudah-mudahan kemudian hari nanti hati dia terbuka nak peluk islam.

Orang islam yang mengaku islam ramai yang buat perkara-perkara yang kadang-kadang lebih teruk dari orang kapir. Kesian mereka.

tasekM said...

aku nk mengomen tp tgh geram kt seseorg nih.

eeeeeeeeeeeeeeeeee......




.

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Tu le. Mudah-mudahan dia diberi hidayah sebab jiwa dia lebih kepada budaya Melayu.

KakPah,
Aku tak pasti, sama ada itu balasan atau itu ujian...tapi kita tak boleh mencemuh takut-takut terjadi kat keturunan kita pulak. Kita minta dijauhi dari semua itu...

TM,
Apasal hari ni aku terasa macam ustad lak? Bahasa aku pun berlapik semacam je... anyway, tadi aku cuba masuk emel aku, tapi tak boleh. Kenapa yek? Ngko ambik satu lagi emel ni: knizamh@time.net.my (Shhh... jangan tunjuk kat sesape)

ibundo said...

wakaka..jangan tunjuk kat sesiapa? Yang aku nampak ni apekebenda..

SHIMI said...

Itu nma dia ISLAMPIR
Islam + Lampiran

Nizam.Ariff said...

KakPah,
Akak nampak ke? Ish... kalau nampak maknanya.... hehehe

Shimi,
Nenek Lampir pun sedap gak dengarnya...

Lily Abdullah said...

apa kena dengan adik kesayangan kita tu Nizam hahaha!

opp! aku tutup mulut,tak mau gelak,nanti dia tambah hot..pesan makan orang tu hahaha!

ps- gelak juga

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Dihari baik dan bulan baik ni, eloklah kita berprasangka baik terhadap adik cute kite tu...

aku prasangka dia dah terlebih tekan punat angin kat tengkuk, tu yang hangin semacam je... hahahaha

tasekM said...

ehem... ehem... ehem...!



.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com