Tuesday, March 3, 2009

Satu hari tu. Aku di sebuah kedai jahit. Temani Mama.


Kedai papan ala 70-an. Memang pekan kecil itu ala 70-an. Daerah terasing, memang macam tu. Pintu kedai tu pun jenis papan yg disusun menegak. Setiap keping ada nombornya, dari 1 sampai 12. Kalau nak tutup kedai, kena susun sekeping-sekeping ikut nombor. Aku tanya Mama, kalau aku conteng nombor tu kasi tak boleh baca, agak-agaknya apa jadi? Mama kata, towkey kedai jadi Hulk... hahaha.


Tukang jahit @ towkey kedai tu wanita Cina. Agak berumur. Aku tengok dia tekun menjahit dengan mesin jahit karan. Baju-baju kurung dan Melayu banyak tergantung. Ya, Cina tua ni mahir menjahit baju org Melayu. Aku tak nampak pun Cheong Sam kat situ.


Aku cakap kat makcik Cina tua tu, makcik ni keje senang. Dia tanya, apasat? Aku cakap, dulu dia kena 'goyang kaki', baru duit boleh masuk. Sekarang, tak payah goyang-goyang, tekan kaki je duit dah boleh masuk. Dia ketawa menyeringai, menampakkan dua batang gigi emasnya.

"Kaki memang tekan, tapi aaa... tunduk-tunduk jahit, belakang manyak sakit wooo...!"

Hmmm...kalau kena keje tunduk-tunduk, itu belakang punya memang la banyak sakit!



Kalau keje goyang-goyang kaki duit boleh masuk pun sakit, kita yang keje tak cukup kaki ni apakan lagi?

Haih! Bila nak kaya-raya ni....?




.

5 comments:

ashley said...

Kaya punya banyak makna..
.
.
.
kaya harta
kaya anak
kaya bahasa
kaya budi
kaya senyum
kaya...sekaya roti!

engkau pilih..

tasikmerah said...

ah! kamu. dah kaya nak kaya lagi. kita mmg tak pernah puas. percayalah!


.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pilih kaya bun...

TM,
Kita memang tak puas-puas mengkayakan diri... tu sebab kita asyik bekerja je, tapi siapa yang sebenarnya jadi kaya? Takkan tak ada yg jadi kaya. Satu Malaya bekerja, dari petani sampai ke pak menteri. Tak cukup, import lagi org dari seberang. Semua bekerja tapi siapa yang jadi kaya? Kat mana kekayaan tu?

Kalau zaman dulu, kalau semua kerja dan berniaga, Sultan Melaka kutip ufti dan cukai. Kekayaan di simpan dalam perbendaharaan negeri. Sekarang ni?...aku nak sikit harat tu bulih kut...

tasikmerah said...

lu gi tanya najib la bang. hahahaha....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com