Wednesday, April 15, 2009

Bulan mahu berbicara tapi aku tak dengar suaranya

Isya'.
Aku berjamaah di surau yang letaknya terlalu hampir dengan rumah aku yang setinggi 5 tingkat ini. Tak seramai Maghrib tapi cukup satu sof dewasa, satu sof lagi kanak-kanak, dan mungkin beberapa kaum ibu.

Kebetulan pula, ada seorang seperti mamak berdiri di sebelah aku. Dia bukan orang sini. Atau mungkin baru berpindah ke sini beberapa hari lalu. Bau badannya agak hangit, sedikit mengganggu khusyuk.

Setelah usai berjemaah, aku masih terfikir tentang bau badan dia. Aku juga perasan, ketika duduk tahiyat akhir, dia duduk seperti tahiyat awal yakni punggung dia masih diletakkan di atas kaki kirinya. Biasanya orang akan berbuat begitu jika jemaah terlalu rapat dan duduk sebegitu akan memberikan sedikit keselesaan kepada jemaah di sebelah. Pada mulanya, aku kurang senang dengan baunya tapi aku teringat kisah-kisah sufi. Kemudian aku teringat sejarah penyebaran agama Islam di sini (ada sesetengah pendapat mengatakan Tuan Syeikh Pulau Besar di Melaka yang datang dari Parsi juga memainkan peranan penyebaran). Apa bicaraMu kali ini ya Tuhan? Aku kurang faham.

Aku keluar dari surau kecil itu. Segugus angin malam yang segar menghembus muka. Aku seperti digugah dari mimpi. Aku terus pandang ke langit. Ada segaris awan Sirus, tinggi di atas sana. Ada beberapa bintang di atas sana. Dulunya jadi panduan navigasi kapal. Aku terlihat sebuah kapal terbang meluncur laju di langit. Apa bicaraMu kali ini ya Tuhan? Aku kurang faham.


Aku bukak TV1, sekarang ini, aku lihat pak Jib merasmikan Proton Exora dengan semua dif-dif kehormat dan duta-duta luar negara (katanya). Dengan bacaaan doa. Segala-galanya kelihatan sangat formal. Pada aku, selayaknya upacara seperti ini adalah untuk pertauliahan (commissioning) kapal. Kemudian aku terfikir, kalau setakat sebuah van, takkan sampai begini sanjungan negara?

Dan aku terfikir lagi, adakah semasa negara membeli kapal selam Scorpene dulu ada upacara seperti ini. Apa bicaramu kali ini ya pak-pak menteri? Aku kurang faham...



.

16 comments:

xiiinam said...

Alhamdulillah...
Dah gi surau.....
harap tiada lagi jiwa kacau.....

xiiinam said...

walaupun ckLah sering diundang mengacara majlis rasmi...sebenarnya jauh disudut hati ckLah ....amat menyampah denga segala protokol dan istiadat majlis yang kekadang memang mengarut karat itu....

hingga sesekali terasa yang berbicara penuh tertib di atas pentas itu bukan ckLah...
Tetapi patung pelastik....

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Cikgu berbicara dengan tertib? jauh dari apa yang ada dalam blog. Kalaulah cikgu gunakan bahasa ala-ala blog tu, macam mana gamaknya ye? hahahaha....

AZANI said...

Nizam.Ariff:kita di sini merasa kagum dan amat kerdil melihatkan anjakan anda yang terkini.Semoga bertambah mutu dan jaya.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Bak kata Addy, hidup ini ada satu pusingan, cuma pusingan itu mungkin ke arah yang lain...

ashley said...

Bulan tak macam kita..dia tak dak mulut..
takkan hang tak tau!!

kui kui kui..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ye ke? Abih tu, malam-malam tu suara sape yang aku dengar? Haaaaaanntuuu.....

AlamNasyrah said...

Sheikh, saya rasa musykil la sheikh. Mcmmana sheikh bleh perasan bro tu duduk tahiyat akhir mcm duduk tahiyat awal? Sheikh ni khusyuk ke tidok masa solat? Jgn mare sheikh! Kuikuikui... ;)

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Kan dah cakap tadi, bau badannya ganggu sedikit khusyuk... tapi yang penting, kenapa dia di situ? Atau soalan lain, kenapa hati orang itu tergerak ke surau kecil ini? Atau dengan lebih halus, kenapa Tuhan gerakkan hatinya untuk berdiri berjemaah di sebelah aku?
Adakah dia hadir untuk aku ataukah dia hadir untuk dirinya bertemu aku? Kenapa kami perlu berjumpa dan bersalaman, kenapa perlu aku kenal dia? Apa sebenarnya yang Tuhan mahu kami lakukan? Atau apakah yang Tuhan mahu beritahu kami?

Banyak persoalan yang timbul kan? Cuba lihat sekeliling, macam-macam perkara berlaku kepada kita, setiap saat. Kalau kita sensitif, kita akan bertanyakan soalan-soalan ini. Biarpun kecil namun mungkin Tuhan sedang berbicara dengan kita, dengan Qudrah dan Iradahnya, dengan caranya, dengan Ilhamnya. Bukankah Tuhan itu terlalu hampir dengan kita, Tuhan yang tak perlu tempat dan masa, Tuhan yang meliputi segala-galanya? Malah, Dialah yang menciptakan segala-galanya untuk kita.
Tapi, daki dosa kita terlalu tebal menutup telinga hingga kita sukar mendengar bila Tuhan mahu berbicara.

'Kau singkapkanlah HijabMu, biarku tatap wajah anggunMu itu, biarkan kusirna dalam cintaMu'
(itu bukan madah R.Adawiyah, itu madah aku untuk Tuhanku)

tasikmerah said...

bang, perangai kamu yg ini sama macam aku. bila terjadi sesuatu yang luar dr biasa, aku sering terfikir, Dia barangkali ingin khabarkan sesuatu. sehingga kadang2 sedikit sebanyak menganggu emosi, jiwa dan minda. atau... mungkin kita ni kategori manusia yg terlalu banyak berfikir yang bukan2...? entahlah....

doa yg baik2 buat kamu... :)




.

Water Lily said...

Bencinya akak dengan protokol. Sebab tu,kat kuartes akak ni,bila ada majlis menyambut pak/mak menteri datang,terpaksa la juga hadir. Nanti pegawai2 abg ko bising. Maklum la laki akak tu PAR aja.

AlamNasyrah said...

Ya, saya tahu sheikh menjadi kurang khusyuk kerana bau nya itu. Tapi tak perlulah jauh sgt hilang khusyuknya sehinggakan kita sedar akan tindak tanduk jemaah lain ketika sedang solat. Ok, ini bukan persoalan utama. Abaikan.

Mmg terlalu bnyk persoalan akan timbul sekiranya kita menghayati setiap kejadian ALLAH. Lagipun setiap kejadian kan ada hikmahNya. Cuma kita sedar atau tak sedar saja. ALLAH mmg sentiasa dekat dgn kita. Terlalu dekat sehinggakan kita tidak nampak. Cuma kita yg sebagai manusia ni yg menjauhkan diri drpd ALLAH. Bukankah gitu?

Princess Liyana said...

hmm..bgs2..solat jemaah;)hehe

Nizam.Ariff said...

TM,
Kita selalu fikir yang bukan-bukan. Doa yang baik juga buatmu, dik.

Waterlily,
Pak menteri kata, dia berkhidmat untuk rakyat. Lain kali kalau dia datang, suruh le bawak katering sekali dgn bunga manggar, jangan dok susahkan orang lain sebab dia nak datang...


AlamNasyrah,
Kalau terlalu khusyuk karang tak sedar lak imam dah bagi salam... hahaha. Kalau nak khusyuk sebenar-benar khusyuk tak boleh berjemaah, kena buat sorang-sorang.
Fasal perenggan kedua tu, aku rasa perkataan 'dekat' atau 'jauh' amat tak releven dalam bab-bab ketuhanan ini sebab jarak itu relatif. Dengan Tuhan, tiada dekat dan tiada jauh kerana Tuhan tidak pernah dekat dan tidak pernah jauh. Dia meliputi segala sesuatu. Jadi, bagaimana dia boleh dekat atau jauh? Mungkin orang boleh kata ianya adalah metafora. Jika itulah maksudnya, maka sayugia kita gantikan 'dekat' atau 'jauh' itu dengan perkataan 'terhijab', itu lebih tepat.
KECUALI kalau kita dah faham hakikat ketuhanan itu, maka jadilah kita seperti al-Hallaj atau Siti Jenar. Namun begitu, kedua-duanya terhukum kerana mendedahkan rahsia ketuhanan kepada umum. Malah, imam yang berfatwa untuk mereka juga terpaksa 'membuang' jubah mereka dan mengenakan 'jubah syariat'.
Ada yg berpendapat, mendedahkan rahsia ketuhanan kepada umum dan awam adalah satu pencabulan yang besar dan boleh dihukum.
Jadi, oleh kerana mereka ini telah terbuka hijabnya dan menikmati yang hakiki, mereka tidak tahan menanggung cinta Tuhan, namun lidah mereka terhalang untuk menceritakannya KECUALI kepada ahlinya. Sebab itu, mereka berpuisi atau bersyair dengan METAFORA yang kadang-kadang hanya mereka yang faham maksud sebenar. Mereka berpuisi kerana mereka ingin menceritakan keajaiban cinta itu tapi mereka tidak boleh mendedahkannya. Untuk itu, hayati ini:

Paku bukan sebarang paku,
Paku datang dari seberang.
Aku mencari aku didalam aku,
Rupanya aku sembunyi dalam terang.

Aku dedahkan sedikit sebab aku yakin kamu juga 'ahlinya'...

Hayati juga lirik lagu-lagu M.Nasir (e.g:Cermin Mimpi, Hud-hud), kau akan faham apa yang aku maksudkan. Contoh:
Dalam hutan ada taman,
dan dalam taman ada puterinya,
Dalam baju ada cinta,
Dan dalam cinta ada segala-galanya.
Dalam awan ada hujan,
dan dalam hujan ada lautan,
Dalam aku ada dia,
dan dalam dia ada kita ada semua...

Kalau sekali imbas macam tentang cinta kepada org pompuan tapi kalau lihat betul-betul, bukan.
Ada sesetengah org tak suka M.Nasir kerana menuduh M.Nasir menjual rahsia ketuhanan demi kemewahan dunia, tapi aku tahu dia juga seperti mereka yang sedar tentang hakikat cinta dan tak sanggup merahsiakannya lagi...


Princess@Yana,
Ah, nanti kamu juga begitu kan? dengan JK kan? ... hehehe

AZANI said...

Nizam.Ariff
Apa yang dikata mengingatkan aku pada buku Mengenal diri dan wali Allah.Antaranya nafsu ada bertingkat tingkat dari amarah sehingga kamil mukammil,antara satu darjat ke satu darjat memerlukan perjuangan yang besar.Sifat mazmumah mesti dikikis dan hati dipenuhi mahmudah.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku setuju...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com