Thursday, April 16, 2009

Warkah yang terselit

Aku terjumpa satu warkah tulisan pensil di dalam nota kuliah aku dulu. Itu tulisan aku, cuma aku tak pasti bila aku tulis. Tulisannya pun dah kabur. Warkah ini tak bersampul, tak bersetem. Warkah ini aku buat kerana aku bosan, mungkin. Ini dia:



Adakalanya, aku mudah dipengaruhi, ada masa-masanya aku berkeras. Mungkin itu sebabnya kau berbuat begitu dan aku hormati pendirianmu tentang itu, malah aku rasakan teramat bodoh dan sesal membiarkanmu pergi tanpa aku berusaha menghalangimu.

Aku tahu, kau kecewa kerana aku tidak sensitif untuk menghidu kesunyian dan kerinduanmu. Juga tentang hatimu yang mengharap aku segera kembali ke pangkuanmu. Kau seorang gadis yang tabah dalam mengharungi badai dan liku-liku alam cinta kita. Kau sabar menempuh dugaan yang datang, tanpa aku di sisimu. Kau berjuang mempertahankan musuh cinta kita sedangkan aku... aku hanya melihatmu dari jauh. Alangkah hinanya aku. Aku sepatutnya berada di barisan hadapan, berjuang agar kota cinta kita tidak musnah, agar ianya utuh selama-lamanya. Tapi kita salah. Musuh cinta kita sebenarnya berada dalam diriku sendiri dan aku tidak pernah cuba menghapuskannya.

Kini, baru aku sedar yang aku telah mensia-siakan cintamu. Aku telah menyebabkan kau menderita. Maafilah aku, sayang. Aku seorang yang amat berdosa terhadapmu. Kalaulah ditakdirkan kau gembira hanya dengan bulan dan bintang, biarlah aku menjadi hamparannya. Kalaulah aku diberikan pilihan, aku sanggup mati jika itu bisa bawa aku bertemu denganmu. Kembalilah kekasihku, aku amat merinduimu. Pulanglah sayangku, sesungguhnya aku amat menyintaimu, selama-lamanya...


Kugumpal segunung harapan,
Di hadapanmu kekasih hati,
Biar kau bisa lihat saban detik,
Walau secebis tak kutinggalkan,
Lantas kuikat dengan kasih ini,
Agar tak bisa dibuka oleh sesiapa.

Kusediakan sejambak cinta,
Lalu kuhiasi dengan kemesraan,
Semoga kau terima ia,
Tanpa ada paksa,
Tanpa ada prasangka,
Tanpa ada curiga.





Aku baca berkali-kali tapi aku masih gagal mentafsirkan ia untuk apa dan untuk siapa.
Yang pasti, ketika itu tiada sesiapa pun di sisi, tak mungkin di hati. Jadi, kenapa aku tulis itu? Tuhan sahaja yang tahu...




.

9 comments:

aza ni said...

Nizam.Ariff:
takada nama?Hmmm.Cuba kau ingat ada sesiapa tak yang kau minat, tapi tak sampai hajat, dalam satu prenggan ada mention dia dalah gadis yang tabah, yang berjuang mempertahankan cinta kamu berdua.Cuba ingat balik siapa yang cinta kamu?

ibundo said...

betul ke tu tulisan ko. ataupun ada kawan yang suruh kau rekakan surat untuk dia bagi pada buah hati sebab dia tak pandai tulis surat.
ataupun kau mengalami lupa ingatan!!

Insyirah said...

Mustahil bleh lupa. Susunan ayat dlm surat tu bleh tahan gak power. Bunyi mcm awk dah kecewakan seseorg dgn begitu zalim sekali. Dah sah hati kering masa tu.

Pokok pangkalnya, dah tak de jodoh...nak buat mcmmana. Huhuhu...

hairul said...

boleh tahan jiwang gak...

tasekM said...

aku syak itu utk awek chenderong balai tu... he he.


:)


.

Lily Abdullah said...

Memang lelaki cepat lupa ke benda-benda cam gini?:D

Baguslah lupakan saja,Jangan dikenang2 lagi :)

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku tak bleh ingat... kadang-kadang cuma layan perasaan je, layan imaginasi je...

Kakpah,
Aku tak tau. Tapi, tulisan aku tu pelik sikit sebab aku tulis huruf 'a' macam 'a' mesin taip roman, bukan macam biasa tulis tangan tu, macam santai je. Ikut firasat aku, mungkin aku tulis masa kuliah dan itu cuma imaginasi liar je kut...

AlamNasyrah,
Aku rasa, semuanya pengaruh filem-filem Yusuff Haslam kut. Zaman tu banyak filem Awie + Erra, semua pasal rock cintan, aku pun terikut jugak kut walau aku tak pernah pegi tengok wayang. Tapi, itu pun hanya mungkin..

Hairul,
Err... jangan kasi tau Kak Ngah kau, maluuu....

TM,
Hah! Mungkin aku tulis untuk adik angkat yg menjadi bohsia kat kampung aku kut... itu pun mungkin juga... hahaha.

Actually, aku dah shortlist kepada 2 orang. Kedua-duanya makan hati. Sebab aku 'rockapack', mana ada cintan-cintun ni, abih kuat pun layan biasa je. Lepas tu aku nyesal sebab aku gores perasaan pompuan, kawan aku jugak tu. Aku simpati. Aku rasa, tu sebab aku tulis benda tu, tapi aku tak post pun surat tu..

Yang puisi tu tak ada kena mengena dengan surat tu, tapi ada terselit sekali. Aku pernah gunakan semula puisi tu untuk Mama...wow! romantik you... hahaha

Waterlily,
SAYANG kat kak Lily! Kita lupakan je yek... sape pun pompuan tu, kira nasib la... kalau masih ada pun, mungkin dah beranak bermenantu kut... tapi bukan zuriat aku... hahaha

ASH said...

Apa kisahnya ni?

Bro,

asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat kain..
barang lepas jangan kenang
sudah jadi milik orang lain..

bako je 'warkah terselit' tu..
buat mama jeles nanti!
ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tak boleh dibakar, ada nilai estetika tu. Ada sentimental value, sayang nak buang. Sastera tahap ke-7 tu... hahaha.

Mama ok. Aku dah penuhi hatinya dengan puisi-puisi cinta dan prosa-prosa klasik. Dia mungkin dah kenyang dengan cinta aku... hehehe.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com