Wednesday, April 1, 2009

R. A. H. M. A. N

Dengar kata, Tok Bendahara baru akan naik pelamin hari Jumaat ni. Kalau betul, maka Jumaat ni adalah hari pelengkap kepada teori itu.

R - Razak
A - Abd Rahman
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah ? Anwar ... ok. Abdullah akhirnya....
N - Najib

Masa Mahathir dulu, heboh orang perkatakan sama ada "A" itu untuk Anwar. Tapi, hajat tak kesampaian dan orang pun heboh siapakah gerangan manusia yang menjadi "A" tu. Masa tu Abdullah lepas kena 'cold storage'. Ye la, Tuhan je yang tahu untung nasib seseorang. Abdullah adalah "A" yang sebenarnya.

Sekarang, teori tu dah nak lengkap, Jumaat ni, kalau diperkenankan Agong.

Dah habis R.A.H.M.A.N, apa pulak lepas ni...?


T.A.S.E.K ? A.S.H.L.E.Y? K.A.K.P.A.H? A.Z.A.N.I? H.E.G.I.R.A? L.I.Y.A.N.A? A.D.D.Y? S.H.I.M.I? dan yang lain-lain???

Tak boleh, Muhiddin mungkin jadi pengganti. Sape yang mula huruf 'M'?




.

13 comments:

tasikmerah said...

silap la bang.. R tu utk Rahman. A pertama untuk Abd Razak. :)

M? mungkin teori Mahathir pula.

M - Muhyiddin
A - Ahmad Zahid Hamidi
H - Hantu Kopek Gamaknya.

ha ha.


.

tasikmerah said...

eh. kejap. teori rahman tu ikut aturan ke tak ikut? kalu ikut aturan, r is 4 rahman la ye tak? ke aku yg silap. hehehehe...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Eh... kamu buat aku konfius le...
Sekarang ni, sape dia selepas M?
Hantu kopek??? aku tak hairan kalau betul sebab sekarang ni pun dah ada hantu kat atas sana... hehehe

kakpah said...

Teori tu ikut urutan. Rahman. Abd Razak. Hussen Onn. Mahathir. Abdullah. Najib.
Lepas tu kena buat teori baru pulak. Hantu raya tak main la...hehe..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
So, apa teori baru? Kalau tak ada maknanya tak ada pemimpin le lepas Muhyiddin. Atau, sebab dah tak perlu pemimpin...sebab dunia dah kiamat masa tu... haih.

addyaholix said...

terbalik la bang.
tunku abdul rahman kan yang pertama.
jadi R untuk rahman.
A untuk abdul razak.
baru ikut susunan yang betul.

tapi mula dulu ingat yang paling terbaru tu, N untuk nizam.ariff. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Hahahaa... aku tak masuk tanding, daftar undi pun tak. Tapi, kalau boleh kontrak, apa salahnya, ye tak?...

AZANI said...

kalau panjang umur, lepas najib nanti start balik cycle rahman. R yang pertama Raja Petra, Lepas tu Hishammuddin, lepas tu Mukhriz,Lepas tu Ali Rustam, Lepas tu Nazri.Aku agaklah dengan sinariao yang ada sekarang.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Abih tu Muhyiddin nak letak kat mana? Raja Petra ? .. hahahaha.

SHIMI said...

kalau S.H.I.M.I aku sokong dan sangan sesuai...

aku la tuh....

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Aku pun sokong gak. Aku jadi TPM, amacam?

ashley said...

Psttt..
aku tak nak wat teori..
aku nak PRAKTIKAL..

he he he.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Sabor, kak.... bertenang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com