Wednesday, April 8, 2009

Sketsa: Bahasa bahasi yang sinis

.

Semua terkedu. Tak keluar sepatah bicara. Tok Ketua tergaru-garu kepala. Mat Tempe mengira-ngira jari tangannya...8...9...10. Tak cukup jari tangannya, dia tunduk, dia kira jari kakinya....12....15...


Sekejap tadi, pemilihan pucuk pimpinan kampung C.Balai yang baru, baru selesai. Sebelum ini, telah sepakat satu kampung, jawatan Ketua Kampung dikekalkan secara 'pakat-pakat' demi mengekalkan kesinabungan lestari Tok Ketua. Itu penting.

Tok Ketua dapat 39 undi,
Man RELA dapat 41 undi!

Tok Ketua bingung. Mat Tempe laaaaagii bingung. Tak cukup jari kaki, Mat Tempe pinjam tangan Minah Jeran....24....26....

Penduduk kampung cuma 40 orang. Macam mana boleh jadi begini? Tok Ketua jeling Man RELA. Man RELA jadi serba tak kena. Cepat-cepat dia capai mikrofon.

"Saya tidak AKAN minta pucuk pimpinan yang sedia ada untuk meletakkan jawatan, walaupun secara undiannya, Tok Ketua ternyata telah KALAH TERUK".



Tok Ketua merenung tajam kepada Man RELA. Man RELA menjeling takut, gentar. Lalu dia suakan mikrofon ke mulutnya semula.

"Dan saya tidak AKAN minta untuk ditabalkan menjadi Tok Ketua yang BARU, walaupun saya telah MENANG BESAR"


Penduduk kampung masih tercongak-congak berapa orang penduduk kampung sebenarnya. Man Tempe dah meniarap, dia pinjam jari kaki Minah Jeran dan Kak Bedah..... 32...35...39....40...err...err...err



"Tok, ada lagi tak bukak ni...nak kira sekali tak?"
Leman menjinjit tiga karung lagi undi pos yang baru dia keluarkan dari bonet keretanya.

Tok Ketua renung muka Leman tak berkelip-kelip, lepas tu dia toleh kepada Man RELA. Man RELA tersengih-sengih......




.

10 comments:

AZANI said...

sejibik macam 2 bukit dan batang ai

Nizam.Ariff said...

Azani,
Laaa... tak tido lagi?
Batang Ai dah menang, dia nak masuk tidur dulu la... hahaha

addyaholix said...

musim depan aku bertanding bang!

jangan lupa undi.

hegira said...

haha.

saya rasa kalau derang tak guna jentera kerajaan + tak ada pengundi hanti, kompem..


kalah majoriti yang teramatlah besarnya!

Water Lily said...

Apa hal membilang guna jari abih segala nih..hahaha...

Guna benda lain le weh..yang canggih sikit.

tasikmerah said...

kak lily, membilang sampai ke jari kaki tu aku kata gatal. nak mengintai le tu! hahahaha..

bukit2 mmg mantop! batang? ah! tak bulih pakai!

hahahahaha...


.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Jangn pinta begitu... aku sedih sebab aku maleh nak pegi ngundi...

Hegira@Alina,
Memang sentiasa ada pengundi hantu sebab derang semua tu memang hantu, abih camno...

Waterlily,
Bilang pakai calculator tak seh kak. Tak dramatik dalam filim-filim kampung cam ni... hahaha

TM,
Itu pun satu hal jugak.... tu sebab dia pinjam kaki orng pmpuan je... hehehe

ashley said...

Satu untuk engkau, satu untuk aku..
Dua untuk engkau, dua untuk aku..
Tiga untuk engkau, tiga untuk aku..
lepas tiga apa ekkk?
hentam saja la..

oppppss..engkau bilang apa ek??
ohh lain le pulok???

aku ingat engkau nak PARAID gheta tadi..he he he..

kakpah said...

aku nak komen apa tadi hah? baca komen korang aku dah lupa lak apa nak tulis. balik dulu lah....

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku rasa diaorng kira undi memang cam tu kut... tu sebab lambat sangat.

Kakpah,
Ok. Kakpah masak nasik dulu, lepas tu cuba buat eksperimen yang aku tulis tu...

Nanti, kalau dapat sebijik kete dari Petronas, jangan lupa bagi sepotong kat aku, aku pun nak rasa juge... hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com