Thursday, April 23, 2009

Tolonglah, lepaskan aku ke dunia ...

.


Tolong lepaskan belenggu rantai-rantai ini.
Aku mahu bebas ke dunia sana.

Aku tagih tanah subur hitam pekat laknat,
Tanah yang di atasnya manusia lintang pukang,
Di atasnya pula para pemuka keadilan gampang.

Mahu kubina peterakna bertiang-serikan kejahilan.
Mahu kukunyah semua kebaikkan.
Mahu kuminum merah darah para ilmuwan.

Lalu kuhamparkan kebodohan, kebingungan di horizon,
Juga kebisuan, kedegilan, kekejaman... kekejaman... kekejaman.
Kejam!

Sungguh!
Masanya telah tiba,
Lepaskanlah aku ke dunia.

(Lepaskanlah saja kedua-dua Al-Maseh ke dunia....)




Aku dah penat dengan dunia. Penat untuk cerna bermacam-macam cerita dari seluruh pelusuk dunia. Sakit perut aku dibuatnya. Teksturnya sama, rasanya juga tak jauh berbeza. Aku dah muak makan menu yang sama HARI-HARI.... HARI-HARI... hari demi hari menu yang sama. Aku muak!

Adakalanya, kalaulah aku bukan lagi manusia, mahu saja aku tutup mata dan telinga aku. Mahu saja aku tutup mulut aku. Pedulikan, mereka dengan dunia. Biarkanlah aku kutip sampah-sampah kebaikkan yang dibuang bertaburan di sini, sendirian. Mereka yang terkejar-kejar trem untuk ke perhentian seterusnya, pergilah. Aku tak mahu ikut. Pergilah.

Biarkan mereka terjun dengan dunianya... biarkan....biarkan!

Aku dah penat. Lepaskan aku dari kerenah dunia...
Hindarkan aku daripadanya.

Tutup cerita.






.

11 comments:

Nizam.Ariff said...

Yay!
Jiwa aku dah lega. Aku dah lepaskan beban dari dalam jiwa aku. Kepada yang membaca, pandai-pandailah ambik dan kongsi sorang sikit... hahaha

tasikmerah said...

tiba-tiba aku rasa nak jadi pari2....






.

ashley said...

Hang jemu ngan dunia?
okay tak pa..

Pi KLCC atau KL Tower..naik TINGKAT atas sekali..
.
.
.
.
.
.
.
pastu tengok bawah!
Aku suruh tengok pemandangan..
bukan suruh TERJUN..
Tengok dunia dari perspektif yang lain..

wahyudi my said...

Penat, haih janganlah. :-)

Nizam.Ariff said...

TM,
Kamu jadik pari-pari, aku tangkap kamu... lari! cepat lari.. aku nak tangkap kamu, nak masukkan ke dalam botol... hahaha

Ashley,
Daripada susah-susah macam gitu, baik aku tonggeng je... tengok dunia dari celah kangkang, perspektif lain jugak tu... hahaha

Aku,
Lihat dunia,
dari celah kangkang kakiku,
Tapi,
tiada bezanya,
Dunia tetap dunia,
baunya tetap sama.


Wahyudi_My,
Errr... penat mungkin kurang sesuai, aku maksudkan 'fatigue'. Ya, maksud aku lesu, lemas, lemah dek kerenah penghuni dunia yang bertalu-talu masuk ikut mata-telinga aku.... lesu sebenarnya. Aku perlu rehat sekejap.

kakpah said...

Menu aku hari ini, siakap kukus tiga rasa, sambal sotong, kerabu mangga. Nak makan meh la...hehehe..
.
.
. larikkk.........

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Ok... aku tuntut ajakan tu.. hahaha

AZANI said...

Nizam.Ariff:bila kau pergi rumah kakpah tu , tumpang sekali,ya,aku bayarla duit tol.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Dia kata dia masak sikit je..
Untuk aku....(ni kes jeles nak kongsi) hehehe

Princess Liyana said...

Moga 'aku' dilepaskan....hmmm

Nizam.Ariff said...

Princess,
Sembelit la dik!
Payah nak lepas... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com