Seminggu ni hawa panas melanda kawasan S.Alam. Aku tak ada penghawa dingin di rumah, jadi tidur malam aku kurang selesa. Peluh memercik merata-rata. Walau ada angin menerobos masuk ke bilik namun angin itu panas. Tak selesa. Peluh yang meleleh diserap kekabu bantal. Panas.
*plop*
Aku keseorangan di lembah berpasir dan berbatu ini. Burung Hering berlegar-legar di angkasa sana, beberapa ekor dan besar. Terik mentari merenih sisa-sia air hujan, kalau pun masih ada. Angin berhembus bawa pasir, bawa bahang bersama-sama. Pasir halus menusuk mata, angin panas membakar tekak. Aku amat haus. Bibirku telah pecah-pecah. Seksa menampar-nampar muka dan bahu, dan belakangku. Aku berjalan perlahan-lahan, lemah. Aku seret kaki-kakiku, menolak kelikir-kelikir berbara umpama muntahan neraka. Amat terseksa aku.
Akhirnya, aku tergeletak jatuh terlentang. Aku lemah, habis daya. Aku terpaksa biarkan mentari memanggang rakus saki-baki daging yang ada pada tubuhku. Aku renung angkasa yang jernih, biru dengan bait-bait awan yang terlalu nipis, mungkin tiada sebenarnya. Dan aku terlihat kematian aku berlegar-legar di dada langit itu, mulai terbang rendah. Turun rendah...
*plop*
Tidur aku selalu terganggu. Baki malam yang ada, aku gunakan untuk tidur senyenyak yang mungkin. Esok paginya, leher aku sengal. Toleh kiri sakit, toleh kanan laaagiiii sakit. Urat belikat aku krem!
Aku panggil Mama. Aku teringat petua orang tua-tua dulu, kalau 'salah tidur' pukulkan bantal ke leher yang sakit tu. Mama pun fikr yang sama. Dengan hati yang girang, Mama hayun bantal kuat-kuat ke batang leher aku. Setiap kali hayunan, Mama sertakan dengan selawat. Mama buat beberapa belas kali. Setiap hentaman terasa ke seluruh urat badan. Bergegar. Sakit.
*plop*
Aku biarkan tubuh aku diseksa begitu. Aku tak bermaya lagi. Ada seorang badwi suruhan, yang tadi mencambuk aku ketika tangan aku masih terikat pada tiang. Darah mengalir deras pada luka cambukan, memercik ke batu dan pasir gurun panas ini. Melihat aku yang setengah mati ini, penguasa jahilliah itu melepaskan aku dari ikatan dan mencampakkan tubuh aku yang longlai ke atas pasir dan batu panas.
Kemudian, atas suruhan penguasa jahilliah itu, badwi itu ambik seketul batu lalu meletakkan ke belakang aku. Terasa beban itu, aku sukar bernafas. Badwi itu letakkan seketul batu lagi. Aku terus terhimpit. Sengsara menjalar ke segenap tubuh. Terlalu sakit. Aku tak mampu berbuat apa-apa kecuali suara kecil dari tenggorok aku mengucapkan : ' Ahad... Ahad.... Ahad...'
*plop*
Tadi, aku suruh Mama pukul tengkuk aku dengan bantal lagi. Dan dia kelihatan gembira melakukannya. Bukan senang nak dapat pukul suami tanpa melawan macam ni....
Tak pe, aku pasrah....
.
11 comments:
Kalau demam dah panas sangat, memang kita selalu mimipi mengembara di alam lain....Masa kecil dulu, kalau ckLah tengah mimpi begitu dan tiba-tiba ada orang kejutkan, siaplah......satu kampung ckLah kejar dia...
Dapatkan rehat yang cukup. Banyakkan minum air.....
sekarang ni memang panas. aku tengok pokok bunga aku kat luar nun macam disalai. kering. berkerinting. walaupun pepagi disiram air.
masa kecik-kecik dulu kat kampung tak ada kipas. letrik pun tak ada. yang ada kipas manual. guna suratkabar saja. bila komplen dengan emak panas..panas.. emak cakap nanti kat neraka lagi panas. terus terdiam. tapi terdiam kejap saja. bila panas tak tahan lagi, komplen semula. mak akan bagi jawapan yang sama.
bila aku buat haji pertama kali, pergi masa musim panas. angin yang menyapa terasa macam duduk sebelah oven. terlalu berbahang. kalau nak dibandingkan dengan panas kita sekarang ini, dia lagi tiga kali ganda. Aku sampaikan dapat heat stroke. dan aku bersyukur kerana kita tinggal di malaysia yang panasnya masih dapat kita hadapi.
buat aku sentiasa berfikir-fikir. bagaimana Rasulallah bermunajat di gua hiraq yang berada di tengah-tengah padang pasir dan meredah padang pasir yang saujana mata memandang semasa berhijrah ke madinah. Terasa aku ini insan yang sangat kerdil. Masih merungut-rungut dengan kepanasan yang masih boleh disejukkan dengan kipas angin, aircond dan juga pohon-pohon rendang yang melata di bumi kita.
Panas. memang panas. kau dan aku dan mereka akan sentiasa merungut.......
panas??
eh apasai aku tak rasa pun..
oh ye..aku sedang berada di tepi pantai...uuuuuu sedapnya angiiiiiinnn..
he he he
CkLah,
Dah naik kembung minum air ni. Asyik nak terkencing je, tidur pun tak tenteram...
Kalau mimpi seram camne pulak cikgu?
Kakpah,
Masa kat kampung dulu pun tak ada kipas. Tapi, bila malam tidur pakai kelambu, siap berselimut lagi. Abang lambat balik, kutu embun. Takut punya pasal, sanggup berpeluh bawah selimut, tak beani bukak tingkap takut pontianak jengah... hehehe
Ashley,
Bawak balik sikit angin sejuk tu kasi kat aku... sebotol aku bayar 10sen.
Assalamualaikum....
saya rasa nizam dah salah faham tentang ayah saya....
Sila fahamkan respon saya terhadap komen nizam.....
Tak...tak...tak...saya tak marah pun. Cuma nak perbetulkan salah tanggapan terhadap orang yang paling saya muliakan di dunia ini....Sungguh!!!!
Sila...sila...
CkLah,
Ok. Saya jengah jap...
mama... pssttt.. lagi satu petua ialah hentak dgn ank lesung.
hihihihihihi...
:p
.
hihi sonok Mama pukul dgn bantal ek..dh dia yg suruh ;P
TM,
Tu namanya buat sambal tumis belacan.... hahahaha
Princess,
Ye, dia seronok agaknya...
lahh sama la pulak kita bang. tengkuk krem jugak. suruh makcik urut. dah ok sikit.
Addy,
Malam gelisah memang macam tu... tengkuk senang terseliuh... hahaha
Post a Comment