Wednesday, May 27, 2009

Asrama oh asrama

.


Masa di asrama dulu, keluarga jarang datang jenguk. 5 tahun tu ada la 3 kali je kut. Maklumlah, mana ada kereta. Nak naik bas, baik tak payah. Buang masa je. Jadi, aku je la yang selalu balik. Tapi, tak juga selalu, aku balik cuti semester je. Ada sekali masa form 5, kebetulan Raya Haji dalam cuti semester, tinggal lagi 2-3 bulan nak SPM, aku tak balik kampung.

Terkocoh-kocoh abang aku telefon ke sekolah cari aku. Salah aku, sebab tak bagi tau keluarga. Salah cikgu sebab tetiba pilih aku jadi tutor.


Aku tak bagi tau keluarga sebab tak sempat. Rumah aku mana ada telefon. Eh, silap. Kampung aku tak ada talian telefon. Talian telefon cuma ada bila aku dah masuk U. Abang aku terpaksa pergi ke telefon awam di depan pejabat penghulu di pekan C.Balai untuk telefon aku. Malah, telefon di sekolah tu pun telefon awam yang terketak di dewan makan. Nasib baik ada orang angkat dan buat announcement. Kalau tak, mau risau mak aku gamaknya.

Dulu, komunikasi dengan surat menyurat. Bila cikgu lantik jadi tutor untuk Fizik dan Add Math, masa tu dah tinggal 2 hari nak mula cuti. Keluarga kawan-kawan lain boleh la cikgu hubungi untuk bagi tau sebab tinggal kat pekan, ada telefon, boleh telegram. Aku? Kalau kasi telegram pun setengah mati wakil pos tu nak cari bapak aku di tengah-tengah sawah atau celah pokok getah mana ntah...


Selama seminggu aku jadi tutor. Aku duduk belakang tengok kawan-kawan yang sedikit tertinggal buat latih-tubi. Aku? aku jadi tempat bertanya dan periksa kertas jawapan. Tapi, bila malam aku sedih. Kantin cuma sedia makanan utama je sebab sepatutnya semua balik kampung. Bila malam, aku lapar, aku masak maggie dengan air paip je. Aku masukkan ke dalam bekas plastik dan aku goncang. Maggie Shake!!!

Bila larut malam, seram pun menjelma... penghuni asrama yang dulunya beratus-ratus orang, cuma tinggal 30-40 org. Itu pun duduk sebatu satu. Jadi macam lotong, bersahut-sahutan, sekadar nak check dia orang masih ada dan masih hidup tak kena cekik dek hantu...






.

6 comments:

tasikmerah said...

kenapa la aku dulu tak makan maggi dgn air paip. kalau tak dah pandai macam kau bang.

he he.

zaman aku, bukan lagi 2 aliran mcm zaman kamu. tapi dah ada 3, 4 aliran. aku amik paper bio, kimia, add math tanpa fizik tapi digantikan dgn prinsip akuan. aku rasa bodoh je pilih kelas tu sbb tak boleh nak pergi ke aliran sains lepas spm sbb tanpa fizik. tu yg aku teruskan perjuangan dgn dibidang akaun tu. haih...



.

kakpah said...

Aku dulu makan megi gak tapi takde lah akal pendek cam ko. Aku beli heater untuk jerang air. pastu masukkan dalam tupperware air panas tu bersama ngan megi. Tunggu sampai masak. Ni ko taruk air paip mau kembung perut ko.

ashley said...

Biasa lah Nizam..

kamu makan maggi ngan air sejuk..
kawan aku makan nasi ber kuah perisa maggi...

dulu memang mak ayah tak macam sekarang kan? anak sibuk suruh visit..

kebanyakan kami yang terpelanting dari perak ke sains Perlis dihantar mak bapak sekali waktu mula mula datang time form one. kemudian diambil semula waktu dah habis time form five..

haihhh..

TM,
akaun bagus apaa..
boleh buat duit..he he he..
bisnes semua kena ada akaun..
boleh kaya woooo.

AZANI said...

masa aku water heater adalah dilarang keras,maka maggi kadang kadang makan mentah macam biskut, tabur sikit serbuk perasa, jadi...bual alas perut.
tapi ada sekali tu kawan bawak dapur yang tentera selalu pakai tu, yang bakar lilin 4 segi tu, kita kebas periuk dari dining hall, maka kenduri maggilah kami sedorm, apa ke nama dapur tu aku tak ingat?

Insyirah said...

Anak-anak zaman skrg jauh lebih senang kehidupan mereka. Setiap kali pulang ke rumah, parents jemput. Nak balik ke asrama, parent hantar. Dulu-dulu jugak thrill...semuanya kena independent sendiri.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kerja akaun hari-hari pegang duit. Keje injinyor, hari-hari pegang tukul, tak nampak-nampak pun duitnya...

Kakpah,
Kat asrama aku dulu tak boleh pakai coil heater. Sebab pernah terjadi kebakaran kecil. Sape ada heater kena rampas warden. Lagi satu, kita org pakai heater tu untuk cucuh rokok... TU belum cerita lonco budak junior cucuh pakai heater...hehehe, tapi bukan aku la... org lain.

Ashley,
Laaaagi jauh tu. Injinyor memang hidup dengan cabaran kut.

Azani,
Kawan-kawan aku dulu kata dia orang pernah masak telur mata goyang pakai seterika. Nak lagi sedap, sapu dulu seterika dgn brylcream... hahaha. AKu tak nampak dan aku kurang percaya cakap dia org.


Insyirah,
Aku rasa ia berkaitan dengan generasi la. Rata-rata, kalau ikut teori aku, kaum Melayu tertinggal satu generasi dari kaum Cina. Masa zaman aku dulu, mana ada tusyen-tusyen tapi anak Cina dah di hantar ke rumah-rumah cikgu siap bagi upah lagi utk mengajar. Dulu mak bapak kita kebanyakkannya kerja pegawai kerajaan dan petani, sedangkan mak bapak org Cina dah jadi manager kilang, engineer dan peniaga. Baru sekarang ni la nampak org Melayu ada macam tu.

Jadi, aku rasa, anak-anak kita sekarang ni seperti anak-anak Cina zaman 70 & 80an dalam segi pelajaran. Kita tertinggal satu generasi.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com