.
Dulu, masa di asrama penuh, tak boleh lari dari kisah-kisah asmara ni. Aku terkecuali sebab aku bukan ada duit sangat. Aku berpendapat, kalau nak dating-dating ni kena ada duit. At least kena belanja pasangan (dan juga kawan-kawan untuk tutup mulut).
Malam-malam, orang sibuk dengan prep-malam, dia orang sibuk nak tolong kerja rumah pasangan masing-masing (apa daa...). Aku pula, aku sibuk dengan angan-angan dan sembang dengan kawan-kawan lain. Tak boleh study la terang-terang ni. Mata silau .... hahaha.
Aku selalu study bila dah balik ke bilik, sebelum tidur. Lampu koridor dah dipadamkan. Aku hidupkan lampu meja. Itu pun masih terang dan ganggu kawan (dan warden akan nampak dan cakap 'lights-off! lights-off!'). Jadi, aku ambil tuala atau kain cadar dan aku gantungkan, menjadi tirai.
Rupa-rupanya, bukan aku sorang je buat. Orang-orang lain yang tadinya asyik berdating, inilah masanya untuk buat kerja rumah atau study (apa daa...). Jadi, bila dah ramai-ramai ni, mula la bising balik, berdengung dengan bunyi bacaan ntah-apa-apa-ntah...
Bila dah bising, warden pun mula la buat rondaan. Oleh kerana masing-masing pasang tirai selimut pada lampu meja, warden selalu ronda di luar bangunan sebab senang nampak mana satu bilik yang terang.
Seperti biasa, warden akan ketuk cermin tingkap dan kata 'Lights-off! Lights-off!'
Bila kena jerkah macam tu, kawan-kawan pun tutup la lampu dan masuk tidur. Kepala asyik fikirkan, macam mana nak siapkan kerja rumah yang tak siap lagi.
Aku pula asyik fikirkan, kami ni di tingkat atas, di tingkat satu dan bukan di ground floor. Macam mana warden tu boleh tinggi sangat? Dia pakai tangga ke?
Hish!
.
9 comments:
hantu jepun kot bro..
kan dulu2 kalau kat asrama penuh dengan cerita hantu jepun
...alaaa...
Tak merasalah berasrama di asrama....tak best kan..
Aku bersekolah di Sekolah Berasrama Perempuan.......
Dapat sesekali je tengok budak lelaki dari STAR atau Izuddin...ngeh..ngeh..ngah
Citer seram yg tak berapa nak seram.. ;p
Aku gak tengah terpikir-pikir ni, sapa yang ketuk tingkap ko.
Ishh.. ko mesti merapu ni.
Shimi,
Orang kata hantu tinggi, hantu galah... entah la..
CkLah,
Oooo... ada hati intai-intai anak teruna orang yek... hehehe
Insyirah,
Alaaaaah... kamu cuma seram bila ada orang kasi ayat bunga-bunga je, betul tak? hahaha
Kakpah,
Merapu apa ke bendenya, kak. Itu semua cerita-cerita kat asrama. Kat padang MRSM taiping masa aku dulu, kalau jalan-jalan tepi kaki bukit (skrg ni dah dibuat surau dengarnya) boleh jumpa kelongsong peluru tembaga. Ada gak yang buat perhiasan...hahaha
aku sekolah pompuan. mmg tak de can la nk berasmara segala. nk berasmara dgn budak sekolah lelaki depan convent tu...? tak payah! buang karan.
.
TM,
'..Budak lelaki depan convent? Tak payah...'
Sedih. Aku le budak lelaki depan convent tu... patut le aku rasa macam ada ikatan tanpa wayar antara kita....dulu
hehehe.
wow teringat pulak zaman asmara.. eh.. asrama! hehe.
erm. rajinnya warden buat round eh?
Alina,
Lagi rajin kalau dia ronda kat sarama pompuan... hehehehe gatal!
Post a Comment