Friday, May 1, 2009

Cuti, tapi jangan semua nak bercuti sama

.


SELAMAT BERCUTI, TAK PAYAH KERJA HARI NI
DAN 2 HARI SETERUSNYA







Tapi, kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang kerja masukkan duit ke dalam mesin-mesin ATM bila dah kosong, atau yang baiki mesin ATM bila 'Out of Service', atau yang kerja tampal jalan, atau pomen yang standby kalau kereta rosak, atau yang kerja kat kedai-kedai makanan, atau yang menjual air tebu di Nyalas, atau yang menjual cendul di Jasin, atau yang bekerja di restoran Mastan Ghani di T.Intan, atau yang berkerja di taman-taman tema, atau yang bekerja di Zoo Melaka dan taman-taman sekitarnya, atau sesiapa saja yang aku perlukan semasa cuti ini.... tolong jangan bercuti. Ini giliran aku nak bercuti.



Tapi, aku teramat-amatlah syorkan kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang memandu lori balak yang dah senget macam nak tumbang, atau yang memandu lori kontena yang laju macam pelesit, atau yang memandu bas-bas ekspress yang cilok macam nak terberak sangat dah, atau sesiapa sahaja yang mungkin boleh menyusahkan aku semasa aku bercuti.... tolong bercuti bersama-sama aku!



.

10 comments:

xiiinam said...

selamat tak payah pergi kerja.....








....kerja-kerja yang kat rumah mana boleh cuti...dari subuh adam sampai dinihari..

addyaholix said...

ada ke kakak-kakak yang bawak lori balak bang?

dan.
selamat bercuti bang. selamat jalan-jalan dengan isteri dan anak-anak. atau bukan anak-anak tapi cuma anak? ok abaikan.

saya ke ipoh. tak sabar jumpa kawan-kawan.

SHIMI said...

selamat cuti2 malaysia beb?

tapi gua kena kerja tengah2 waktu cuti

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Selamat beristeri-rehat.

Makan kat kedai je la cikgu. Kemas mengemas buat je la hari Ahad. HAri ahad bukan hari pekerja sedunia.. hahaha.

Addy,
Tak de ke?
Ooo.. yang dia orang angkut dalam kabin treller dia orang tu mungkin bini kut... atau mungkin ... heheheh.

Selamat bercuti di Ipoh. Jangan lupa lepak kat Stesen Keretapi sampai dinihari.. eh, ada lagi ke org lepak kat situ? takpe la, janji ko bercuti kat situ...

Shimi,
Aku rasa ko antara orang yang mereka perlukan dimasa cuti kut... maknanya, ternyata ko orang yang penting kepada kehidupan masyarakat. Berbanggalah dengan kenyataan itu...

AlamNasyrah said...

huhuhu...tak bleh nak cuti la. nak siapkan tempahan org. exhausted!!

Princess Liyana said...

Selamat bercuti!huhuhu

AZANI said...

Nizam.Ariff:ye tak ye , kalau semua cuti siapa nak buat kopi jantan O aku?

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Tempahan? bagus la tu...
Kamu termasuk org penting yg tak boleh cuti... hehehe

Princess,
Kamu juga...

Azani,
Betul. Kopi O memang tak boleh tinggal... hahaha.
Kalau suri rumah bercuti, raja kat rumah pun nak cuti jugak. Abih, sapa nak masak air?

tasikmerah said...

cuti hari buruh aku jenjalan pi MP. ada kejadian yg tak bulih blah terjadi. hahaha...

nntilah aku cerita.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
MP = Melaka Parade?
Ko kat situ pun ada insiden... isk isk...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com