Sunday, May 31, 2009

Garam Bario dan Kelapa Kering

.


Satu.

Adik ipar aku balik dari Sarawak. Dia bawa balik garam Bario yang berbungkuskan daun pisang. Dia kata, itu garam kaum Kelabit. Garam tu asalnya garam gunung yang diproses (dimasak dan dibakar dalam buluh). Kaum Kelabit mencampurkannya ke dalam nasi untuk dimakan.

Selama dua hari ni, aku ikut cara makan orang Kelabit tu. Aku kepal nasi 5-6 ketul bersama-sama sedikit garam tu dan terus kunyah. Wow! Memang sedap. Aku tak tau nak gambarkan bagaimana. Rasanya macam.... macam... nasi campur garam! Tapi garam tu tak berapa masin dan warnanya seakan-akan abu, warnanya kelabu tahi anjing.

Aku makan begitu sebab kebetulan aku kurang sihat. Dan sebab kurang sihat itu lah aku buat entry pasal kematian kelmarin. Jadi, aku harap garam tu mungkin boleh menjadi ubatnya.




Dua.

Adik ipar aku balik dari Sarawak sebab nak nikah-kahwin minggu depan. Tengahari tadi, kakak dia suruh dia pecahkan kelapa untuk santannya. Dia pun terkial-kial buang lebihan sabut. Kemudian, dia hayun parang. Tak terbelah! Dia hayun 2-3 kali lagi tapi tempurungnya cuma merekah. Kelapa itu pun jatuh tergolek.

Aku bisik kat kakak dia, kalau kelapa yang macam tu pun tak boleh pecah, boleh ke dia 'perform' malam pertama nanti?

Hahaha




(aku edit ayat terakhir 10.40am tadi, demi menjaga kesucian fikiran adikku Insyirah)
.

16 comments:

Insyirah said...

Sebelum bro tulis citer yg kedua tu, patutnya letak label 18SX kat situ. Faktor keselamatan amat penting utk budak bawah seperti saya. Harap maklum.

Psssttt: Semoga cepat sembuh!!

ashley said...

Aku nak komen apa hah?
kasi laluan orang lain dulu lah...

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Nanti kalau letakkan awal-awal, laaagi ramai yang bawah umur masuk sini. Sorry for inconvenience caused...hehehe


Ashley,
Orang lain bercuti kak, tak de nya depa nak masuk sini...Tapi tak pe, aku tunggu.... hehehe

AZANI said...

Garam Bario cicah dengan Nenas Bario....makan dengan Nasi Beras Bario...

Insyirah said...

"Inconvenience caused" tu mmg tuan blog sengaja buat. Adehhh...lepas ni saya kena cuci otak, kasi klorox skit supaya suci semula seperti kain putih. Muahaha... ;p

hairul said...

Waah.. garam bario.. mesti sedap tu... blik ni nak trylah....

Nizam.Ariff said...

Azani,
Peehhhh! memang sedap tu. Nenas bario tu yang org kata nenas sarawak tu kan?

Insyirah,
Jangan masuk klorox, tu bunuh diri tu namanya...hhaha


Hairul,
Nanti bila Dak An balik sana, aku suruh dia pos 10 batang garam tu. Kita cicah nasi puas-puas...

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Aku dah edit ayat tu... kalau 18SX lagi, tak tau la nak tulis apa lagi.... hehehe

Insyirah said...

Hahahaha... apasal gi edit?? Nanti semua org salahkan saya sbb entri blog ni dah tak advance langsung!

Ampun ya kakak² dan abang² yg lain. Haha.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Tak pe. Yang kecik didulukan. Akak-akak dan abg-abg dah advanced. Tulis sikit je dah faham... hehehe

addyaholix said...

bab perform kau jangan main-main bang. ramai yang sensitif nanti. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Sensitif jugak ka? Haiyaaa...
Super power boleh datang menolong hape? hahaha... perform, jangan tak perform! Performance mesti kena jaga.

addyaholix said...

aku tak sensitif bang. aku ok semua hal. kalau benda macam ni memang selalu cepat faham. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Dari ritma ketawa kamu, aku dapat tahu yang kamu memang jantan sejati, tak perlukan apa-apa... hahaha

ashley said...

Budak addy tu dah menikah ke belum..gelak semacam jerrr??

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Addy dah nikah?
Dahhhhhh! Mengaku bujang kut... hahah

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com