imej: pinktentacles |
...di depannya ada sekujur tubuh anaknya yang telah kaku. Mayat anaknya yang baru berusia beberapa bulan itu hanya ditutupi dengan sehelai kain batik lepas. Itu sudah cukup. Lakinya telah keluar pergi mencari orang kampung untuk minta tolong uruskan mayat anaknya.
Ibu muda itu dipesan supaya tunggu mayat anaknya dan jangan benarkan sesiapa pun masuk ke rumahnya kerana hari mulai senja dan hujan gerimis masih belum berhenti. Tetapi, ibu muda itu teringatkan air yang dijerang di dapur. Dia bangun lalu pergi ke dapur.
Sedang dia sibuk menyerak-nyerakkan bara api, dia terdengar suara orang memberi salam. Menyangkakan itu mungkin orang kampung yang datang untuk tolong uruskan mayat anaknya, dia buka pintu dan mempersilakan orang itu masuk tanpa syak, tanpa wasangka.
Orang itu berkopiah, manakala kain serbannya dilabuhkan menutupi sebahagian bahu dan seluruh kepalanya. Orang itu terus duduk mengadap mayat itu. Ibu muda itu tinggalkan lelaki itu yang seakan-akan beratib dan pergi ke dapur. Seketika kemudian, dia terdengar bunyi dengung yang kuat. Kerana ini tahu punca bunyi dengung itu, Ibu muda itu pun jenguk.
Dia lihat beribu-ribu tebuan keluar dari mulut lelaki itu dan menghurungi mayat anaknya. Dia tak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut. Tebuan-tebuan itu mengokel daging tubuh anaknya sedikit demi sedikit lalu terbang semula masuk ke dalam mulut orang lelaki itu. Lelaki itu sedang santap daging anak kecil itu dengan cara yang aneh sekali.
Ibu muda itu terlopong, terkejut. Tidak lama kemudian, lakinya balik. Sejurus itu juga, lelaki berkopiah putih itu berderai menjadi tebuan-tebuan hitam kecil yang terlalu banyak dan terbang keluar melalui tingkap rumah itu...
Mayat anaknya hanya tinggal tulang.
[ seperti mana diceritakan oleh abang aku ketika aku kecil dahulu ]
.
15 comments:
...di entop tawon?
wuishh. kisah benar ke nih?
Cklah,
oralah.. dipangan tawon...gondoruwo kui...
Tijah,
Kalau abang aku cakap betul, betullah..kalau dia tipu, tipu la..
tapi, aku percaya peristiwa tu pernah berlaku kat kampung aku dulu-dulu... tahun 50an
aku ingat ko je yg tamar jalis. rupa2nya abg ko pun sama gak yek...?
.
TM,
Ada dalam keturunan kami...
hahaha
aku dulu bacaan wajib tu. siap balut dgn pembalut ketas kaler coklat tu bawak sekolah boleh baca time cikgu mc.
Tijah,
Woo... ko ganas! Aku tak la sampai bawak buku tu ke sekolah. Tapi, akak aku memang langgan wajib punya... siap buat koleksi...
salam zam
ada pernah keluar dalam mestika ke?
apasal macam rasa dah ptrnah baca?
buat filem mesti laku ni.
Azani,
Tak pernah kuar aku rasa.. itu abang aku yg cerita... tak tau la kalau dia ambik citer dari Mastika lak...
Kakpah,
Zaman sekarang ni bolehlah... kalau dulu-dulu kena sensored...
.
watak ibu bingai tak dengar cakap laki boleh dibawa oleh... hmm, zi-zi-e-zet?
KOG,
tak bulih, aku rasa...tak cukup lagi tu..
Ko ni keturunan BONIAN berupa manusia ke?
hihihih
ashley,
kan ku seru namamu.... hi hi hi hi...
Post a Comment