Saturday, May 9, 2009

Nak gugur, gugurlah nangka, jangan tertimpa dahan pauh..

.


Minggu lepas. aku bercuti ke Melaka. Bukan bercuti sangat sebenarnya. Tapi, ada tugas penting untuk persediaan perkahwinan.

Tugas itu penting tapi tugas aku mudah saja. Tugas yang kurang mudah tergalas pada bahu mertua dan Mama, sebenarnya. Destinasi, pasaraya Koboi di Melaka.

Aku tak pernah pergi ke situ lagi. Kali pertama selama menjadi menantu kepada orang Melaka. Bila aku masuk pasaraya tu, aku terasa seperti kedai-kedai apek yang sederet di tepi sungai Perak. Sederet dengan kedai 'pajak lambai' yang terkenal dari dulu tu. Sesiapa yang pernah ke T.Intan pasti tau tempat itu (tapi aku dengar kedai sederet tu dah terbakar tahun lepas???).

Banyak barang-barang lama tapi baru ada di situ (i.e. mesin kisar air batu mekanikal, kukur kelapa, dandang air mamak, kawah-kawah kuali dll) dan beberapa lagi yang biasanya adalah keperluan peniaga-peniaga kedai makan.

Malam, kami singgah di restoran ' D' Nangka'.
Aku ingat sebab menu utamanya berkaitan dengan buah nangka (i.e. gulai nangka muda, ulam pucuk nangka, air kopi akar nangka, sugi kulit nangka, desert dari buah nangka dll) . Tapi, tak ada kena mengena pun! Rupa-rupanya retoran itu penuh dengan pokok nangka yang juga menjadi tempat bernaung untuk meja-meja makan.









Makanan inilah yang arwah bapak aku pesan untuk sarapan semasa di hospital T.Intan tapi aku tak jumpa. Tak ada orang jual. sekarang, bila dah jumpa, arwah bapak pula dah tak ada...





Cerita selanjutnya, di sini




.

15 comments:

xiiinam said...

Memulakan bicara dengan pantun....

Memang sahlah...sekarang baru ckLah sedar,keterampilan adik bongsu Tuan Haji Alias ni...kekandanya pun begitulah setiap kali membuka dan menutup bicara, pasti berpantun..

Yelah, kedai-kedai tu dah terbakar habis. Kat situlah dulu kalau cklah nak beli pelastik atau polisterin murah untuk bungkus 'berkat' setiap kali ada kenduri...sekarang kena pergi Pasar raya TF kat belakang rumah ckLah...

xiiinam said...

....kuih sagu tu ke....?
Itulah kuih terakhir yang cklah buatkan untuk aruah nenek dulu......tapi aruah nenek nak warna hijau air daun pandan yang asli.....




Syahdu.....

SHIMI said...

kadang2 bila terlihat sesuatu, ia membangkitkan kenangan yang tidak pernah kita lupa

ashley said...

Hendak gugur gugurlah nangka, jangan tertimpa si pokok renek,
Hendaklah tidur tidurlah mata,
jangan dok mimpi lagi yang merepek repek...

okay tak de kena mengena ngan isi kandung entry ni..
sekadar nak berpantun..

salammmmm...

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Abang Alias cerita, kedai-kedai kat kawasan tu dah wujud tahun 50an. Masa tu, sewa RM2(??) je. Tapi, nak dijadikan cerita, perjanjian sewa RM2 tu ada klausa yg memberi maksud 'sehingga langit runtuh'. Masa tu, RM2 sebulan sama macam RM200 sebulan. Nak tau cerita penuh, tanya Abang aku tu...

Nampaknya, kuih sagu tu menjadi makanan terakhir..? Memang syahdu.

Shimi,
Kenangan mengimbau-ngimbau...
Kuih sagu tu adalah sarapan kami pagi tadi (dibeli). Betul. Setiap kali tengok kuih tu, akan teringat arwah bapak...

Ashley,
Bila nak masak gulai lemak untuk aku ni? Sila kukur nyor guna kuda-kuda tu yek.. hehehe.

ashley said...

Tunggu Kakpah ajak pi ghumah dia..dengark habag dia nak buat kenduri kekah cucu sulung dia tu...

Tengok nanti dia nak jemput tak kengkawan blogger..

aku? dia dah jemput..suruh rewang rewang....tapi perasan aku kat ghumah kakpah tak dak KUKOG nyok tu...
dia import santan dari market...

nak jemput makan kat ghumah aku..kut hang tak sanggup berkelai ngan anak anak aku..
almaklum anak GHAMAIIII meghernyutt.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
ramai merenyut..! Hahahaa.. lama tak dengar istilah tu...

ashley said...

oh ye..hang adik ALIAS?
hmmm kebetulan la..
abang Ipag aku ALIAS gak!

..kebetulan kebetulan..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kebetulan, nama Alias ramai kut...

addyaholix said...

aku ke pasar malam tadi bang. cuba cari kuih sagu yang macam kau letak gambarnya, tapi langsung tak jumpa.

cuma beli laksam dua bungkus dengan air tebu.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Asku rasa kuih tu akan wujud hanya dihujung nyawa atau selepas habis nyawa. Buat masa ni, kamu jangan cari lagi kuih tu... hahaha

tasikmerah said...

ada satu tempat lagi yg best. kat sungai putat. nnti kalau balik nyalas datang sini. aku blanja.

:)


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sungai putat tu aku pernah pegi... tepi sungai , kawasan baru kan?

tasikmerah said...

dulu dia meniaga dekat2 simpang masuk mitc nih... org panggil taman ikan. sbb ada kolam ikan. la ni dia pindah kat sg putat tu. kolam ikan masih dikekalkan. err... tepi sungai ke tu bang? hehehehe.... ye gamaknya. ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pun tak pasti. Tapi, dia ada kolam ikan la...
Yang tu kan?
Ko memang le tak perasan sungai tu sebab dah fokus kat tom yam je... tapi aku rasa, sungai tu dah kena kambus kut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com