Saturday, May 30, 2009

Soalan yang penuh gila?

.


Dalam halusinasi,
Kau aku lihat di situ berdiri,
Aku kau lihat di sini menanti.

Dalam diri aku ada sesuatu,
Kau yang Maha Tahu,
Aku pilih untuk tidak tahu.




Aku pernah mengajukan soalan ini beberapa tahun yang lalu kepada kawan-kawan sekitar aku. Jawapan mereka?
' Kau gila! '
' Tak ada benda lain ke nak fikir? '
' Buang tabiat? '

Aku tanya mereka, kalaulah diberikan pilihan, mereka mahu pilih cara mati yang bagaimana? Soalan aku mudah. Tak perlu fikir teruk-teruk, tak perlu buku rujukan mana-mana. Dan aku bukan gila. Gilakah aku kalau bertanyakan sesuatu yang pasti berlaku?

Kita semua akan mati. Secara sejarahnya, telah terbukti. Secara saintifiknya, disokong. Secara agamanya, telah dijamin! Kebanyakkannya berkata mereka mahu mati dalam keadaan Islam dan penuh Iman. Aku kata, itu adalah kesudahan mati sedangkan mereka masih perlu pilih cara mereka mati!



Aku katakan kepada mereka, katakanlah aku ini pekerja kepada Malaikat Maut, yang hadhir beberapa ketika sebelum si pencabut nikmat itu datang menjemput. Dan katakanlah di tangan aku ada sebuah buku menu, lebih kurang sama dengan buku menu restoran di hotel-hotel yang terkenal tu, atau buku menu lagu-lagu seperti di pusat-pusat hiburan karaoke itu.

Dan aku katakan lagi, aku datang menemui mereka dengan suit yang kemas dan rapi sambil memegang buku menu itu. Tapi, itu bukan buku menu yang sebarangan. Itu buku menu yang istimewa. Di dalamnya ada berpuluh-puluh cara kematian, bahkan mungkin beratus-ratus cara kematian, yang boleh mereka pilih ikut kegemaran mereka.

Dan aku katakan lagi, mereka bebas memilih untuk mati dibunuh dengan bermacam-macam cara, dari ditikam sebilah pisau hinggalah dibom hingga berkecai. Atau mati terbunuh, dari kemalangan jalanraya hinggalah kebakaran. Atau mati akibat sakit, dari sesak nafas hinggalah kanser yang juga bermacam-macam jenis.

Dan aku katakan lagi, mereka boleh pilih cara kematian dan sebab-sebab kematian yang mereka mahu. Kalau mereka tak tahu nak pilih yang mana satu, aku boleh syorkan pendapat aku. Dan semestinya cara dan gaya hidup mereka itu menjadi inspirasi aku untuk memberikan syor aku.

"Your lifestyle determines your deathstyle"


Kawan-kawan semua. Salahkah soalan aku ni?




.

12 comments:

ashley said...

Nizam,
Tak salah..tapi kebanyakan orang taknak memikirkannya..kekonon macam tak akan mati...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Agaknya, serius sangat kut entry ni. Aku cuma berniat untuk mencetuskan perasaan ingin tahu, sesuatu yang jarang org fikirkan... ye lah....perkara yang pasti berlaku, jadi tak perlu berusaha mencarinya....ia yg cari kita.

Princess Liyana said...

Mana ada soalan gila..
smua org akan mati..itu yg patut kita ingt..dan perbaiki diri..;)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

saudara Nizam:

ada perkara kita boleh pikir, ada perkara kita tak boleh pikir. Ia diluar jangkauan minda kita sebagai makhluk tuhan. Ibarat Spring.jika kita regang macam mana pun dia akan kembali semula ke bentuk asal. itu spring. namun, dia ada tahap regangan .Jika terlebih tarik, dia putus. tak dapat kembali ke bentuk asal. Begitu juga akal, jika dipaksa berfikir melebihi had. ia putus jugak. dalam ertikata lain, mungkin jadi gila.

Insyirah said...

Itu semua adalah Qada' dan Qadar. Semasa dlm perut ibu lagi dah tertulis kita akan mati mcmmana nnt. Kita mmg kena fikir, tapi bukan fikir mati mcmmana. Cuma kena fikir lifestyles yg mcmana supaya dpt determines deathstyles yg tidak "mengerunkan".

Wallahua'lam.

Nizam.Ariff said...

Princess,
Tapi orang kata aku dah gila... mungkin betul kut kata orang tu. Aku gila ye ye, aku gila ye ye... orang gila tak kena hisab di akhirat nanti, kan?


Cikgooden,
Jadi, aku dah terputus lah kat mana-mana nih... aku dah gila rupanya... isk isk isk.


Insyirah,
4 pekara yang telah tertulis tu salah satunya ialah kesudahan kita, sama ada duka atau bahagia. Sesetengah kata, duka dan gembira tu maksudnya syurga dan neraka... maknanya, dah ditentukan jalan hidup kita akan jadi malaun atau jadi hero...
Live life at the fullest... kata awek serani (kononnya) dulu tu...ceh! aku kata kepadanya.

tasikmerah said...

mati tgh tidur bagus tak? :)


.

kakpah said...

Aku bayangkan aku mati selepas sembahyang. Tengah wirid sambil pegang tasbih aku rasa ngantuk lalu aku cakap aku nak tidur sekejap.

haihh....

Farid Rashidi said...

Salam,

Tidak salah kerana mengingati kematian itu ialah suatu perkara yang bijak.

Bila soalan itu bermain di benak fikiran terasa gerun di hati.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ada bagus ada tak bagusnya. Bagus kerana kelihatan tenang, walau hakikatnya kematian itu suatu yg amat menyakitkan, sebab kalau tak sakit tak mati. Tak bagus sebab itu kategori kematian mengejut, maknanya mungkin tak sempat mintak maaf, minta halal makan minum dsb. Tahun lepas, kawan aku meninggal masa tidur. Dia ada lelah tapi muda lagi dalam 30an umurnya. Wife dia kata, pukul 4am suaminya terbangun terbatuk-batuk, lepas tu terus meninggal...


Kakpah,
Aku pun nak macam tu gak, kalau boleh. Tapi.....


Farid Rashidi,
Salam. Betul kata kamu.
Bila aku rasa macam tak terkawal aku akan ingat mati. Masa tu jugak nafsu terpotong. Ni dah 2 hari aku makan nasi kepal (tapi sebab benda lain la... hehehe)

AZANI said...

Payah nak jawab Nizam.A, aku tak arif, so aku biarkan yang ariff menjawabnya.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Yang arif tuan hakim kena jawab... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com