.
Bagaimanakah caranya lagi?
Sedih sungguh hati tapi aku biarkan ia meruntun lagi
Biarkan ia menjeruk pedih hati ini semahu-mahunya
Mencarik, merobek...bak sembilu menghiris dan berdarah
Rasa bisa pedih itu menarik turun air mata
Namun aku seka demi mereka
Sebaliknya, dalam hati ini aku biarkan saja,
tangan-tangan itu merentap-rentap urat nadi
Biarkan luluh seluluh-luluhnya
Biarkan hancur berdarah, sakitnya seperti siksa mati.
Entah kenapa, dalam siksa itu aku jumpa satu kepuasan.
Lebih aku sakit, lebih puas aku rasa.
Aku gila..?
Bukan!
Orang gila tidak merasai sakit siksa.
Dia, dia dan dia yang gila...!
Aku bukan gila
Orang gila tak kenal sakit merana
Dia,dia dan dia itu sudah gila
Aku tak gila...
Aku tak gila...
Aku belum gila...
Aku belum lagi gila...!
Sayangnya, ini bukan puisi
Ini sekadar luahan rasa hati.
.
20 comments:
aku rasa macam tu jugak skang...
kniedaz,
Office politics?...kena hidup dengannya...
em, ok.
tak paham.
haha..
cinta,
memang aku sembunyikan... kalau tidak, aku tulis je yang betulnya. Cuma aku harap ko dapat rasa perasaan itu... tu je..
mai sini aku assess kau guna Psychiatry module..hahaha
DaddyZ,
Tu yang aku takut nak tulis hal-hal perasaan kat sini... nanti ada yang buat psychoanalysis lak... silap2 dikata aku ni orang yang suka mencederakan diri sendiri tu.. apa ke nama sainsnyer? Hahaha....
tgh jiwa kacau ke en nizam?
lyds.
haah...
tolong genggam jiwa ini
supaya aku tak meronta-ronta dan lari
Satu perangai aku, bila alami sesuatu kesedihan atau kesakitan, aku suka pendam sendiri. Pendam sendiri dan enjoy kesakitan yang aku alami.
Oh macam ni rupanya sakit. Bila dah berjaya lalui aku akan kata, tak lah sakit mana pun.
Tata,
Doktor kata kita mungkin orang yang 'sakit' sebenarnya... hahaha
Seronok tak menghayati kesakitan tu?
Seronok. Hehe.
tata,
kepala mulalah rekacipta drama hidup yang ter-paling sedih, lepas tu meleleh air mata kat bantal...kan? hahaha
saya memang tak pernah jadi gila.. setakat ni lah...hehhhe
tapi sebenarnya.. orang gila tu lagi siksa dan merana.... kalau tak kenapa dia gila... ?!..
sebab dia dah melalui kesakitan itu...
susah la nak terangkan... paham sendiri lahh...
jadi ..jangan di sakiti hati yang sedang siksa itu... ;p
Macam tahu tahu aje. hahaha.
CPL,
sepatutnya begitulah...
tapi kepuasan itu sungguh mengujakan... lebih rela disakiti...
tata,
ehem...kita bukan kah dah separa gila? hahaha...
Oh, itu eh kategori separa gila. Bahaya tak kau rasa?
Tata.
Bahaya kalau tak terkawal...nanti suka menyendiri dan merasakan dunia tidak adil kpd kita....huhuhu
Well antara dua tu yang pertama memang aku dah biasa buat. Aku memang jenis yang suka menyendiri.
'lebih aku sakit, lebih puas aku rasa'
aku juga selalunya begitu nizam!
Tata,
Ahhaaa.... nanti ada la yang jenis kedua tu kalau tak terkawal...
Su@aya,
Jikalau begitu, sama-samalah kita siksa jiwa...
Post a Comment