Friday, May 15, 2009

Tinggal Lima jengkal nak kiamat !

.


Pagi kelmarin dulu, cahaya mentari warna merah, tak macam biasa. Matahari baru bangun seinci, belum mandi lagi aku agaklah.

Paku Payung kata matahari tu sakit sebab masa dia kecik dulu, ada satu kali tu bulan warna merah. Dia tanya aku kenapa bulan tak warna kuning macam selalu. Aku kata bulan tu tengah 'sakit' sebab banyak asap kat atas langit.


Pagi yang itu, Paku Payung tanya aku mana arah Barat, lalu aku tunjukkan arah mata angin tu. Kemudian Paku Payung pun angkat tangan kanannya, lepas tu dia renggangkan jengkalnya seluas mungkin. Kemudian, dia ukur dari matahari terbit itu sampailah ke arah Barat.

' Satu... dua... tiga... empat......lima!'

' Abah, tinggal lima jengkal lagi nak kiamat!'


Hah? Aku kata lima jengkal tu lama sangat. Aku pun angkat tangan aku dan aku letakkan dekat dengan mata. Kemudian aku ukur dengan cara yang hampir sama.

'Eh, Abah kira kiamat tak sampai lagi dua jari ni ' kata aku.

'Jari Abah besar, jari kita kecik lagi. Tu sebab kita kira lima jengkal' katanya.

Kemudian kami senyap seketika sambil aku membuka gari yang memasung kuda api aku.



'Nak tanya sikit, macam mana Abah tau kiamat tinggal lagi dua jari?'

Aku kata, nabi yang cakap macam tu. Tapi itu dulu la. Sekarang ni, mungkin dah tinggal satu jari je! Aku kena hati-hati cakap dengan dia bab-bab kiamat ni. Dia ni terlalu taksub bab-bab sebegini. Pernah satu kali tu, dia berdoa supaya dia mati cepat-cepat sebab takut kena kiamat. Dia juga pernah susah tidur sebab asyik fikir kalau esok-esok kiamat. Terpaksalah aku pujuk dan ceritakan hakikat sebenar kiamat dan dia masih kecil lagi. Semuanya gara-gara membaca salah satu buku aku.




.

14 comments:

ashley said...

Baik Paku Payung tuuu..
InsyaAllah dia akan jadi anak yang SOLEH!....

Jumaat jumaat ni elok ler masukkan entry SOLEH cam ni!
insaf sikit..

smile...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ha ha ha....paku payung tak mampu nak pikir bende bende macam ni, jgn la kau sogok otak dengan benda tak nampak...sewel sebelum masa lak kang!

AZANI said...

Nizam.Ariff: aku tak silap hari Kiamat akan jatuh pada hari Jumaat, maksud hadith,sebelum Jumaat tu, banyak lagi peristiwa besar yang berlaku,nau bukalah entri pasal kedatangan hari tu,bukannya apa peringatan buat yang lupa,sekarang ni aku pun sedang mengumpul bahan untuk entri tu.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Sejuukkk perut mak...

Cikgooden,
Nak halang pun tak boleh. Sekarang bahan bacaan dah banyak, tak macam kita dulu. Setiap Ahad & Isnin kat TV9 pun dia tengok forum tu. Kat discovery channel pun ada walau pun versi sains org putih... mahu tak mahu I have to provide the answers... haaa, aku dah mula cakap omputih ni... hahaha

Azani,
Masuk, jangan tak masuk. Nanti aku tompang baca...

tasikmerah said...

paku payung ni akan matang sebelum waktunya la aku rasa...

:)

Insyirah said...

Kekadang, pemikiran budak di luar jangkaan kita. So, sbg ibubapa yg bijak pandai...silalah upgrade diri dgn segala ilmu yg ada. Takut esok anak tanya, ternganga nak menjawab.

Bro.Nizam sure dah graduate segala ilmu kan? Haha.

xiiinam said...

Jangankan budak...
ckLah yang tua bangka ni pun, kekadang tak berani tidur...
Kalau memikirkan tentang Kiamat....dan tiupan sangkakala yang entah bila tibanya itu

Basuh Baju said...

okey, aku terinsaf jap pas baca..haha

Nizam.Ariff said...

TM,
jangan cepat sangat nak kawen dah le...

Insyirah,
Mana khatam lagi. baca buku je la...

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Dulu masa kecik, kalau takut tidur malam, aku tido celah mak & bapak kat bilik diaorang... hahaha

BasuhBaju,
Salam. Syukur, sama-sama la kita insaf...

kakpah said...

Agaknya hari kiamat dah tinggal satu ruas jari je.
.
.
sejak kakpah darjah tiga (aku masih ingat lagi) setiap kali nak tidur malam, kpah akan mengira-ngira nanti tahun 2000 umur kpah berapa tahun. Hidup lagi ke tak. Dunia dah kiamat ke belum.

Sekarang dah 2009. Bernafas lagi. Tapi tiap-tiap malam masih memikirkan bila hari kiamat.

Bagusnya, buat kita sentiasa bersedia. Tapi adakah kita benar-benar bersedia?

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Tinggal satu ruas?
Aku selalu pulak kira umur bila tahun 2020 nanti, berapa umur anak. Lepas tu, umur bila 2050. Waktu tu mungkin anak dah tolong mandikan jenazah aku kut...
Ish...

Bukan lama. Kalau 2020 tu tinggal 11 hari lagi je!

Tinggal 11 Hari Raya Aidilfitri je lagi, bukan lama...betul tak?

addyaholix said...

aku juga selalu doa aku mati sebelum kiamat bang. dan aku juga selalu mahu mati sebelum ayah bonda pergi. tak sanggup rasanya merasai perasaan hilang manusia yang sekian lama aku cinta!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Kalau kita kat seberang 'sana' pun belum tentu kita tak rindu dengan yang kita sayang...

Hakikatnya, perpisahan itu satu yang amat merindukan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com