Thursday, June 4, 2009

Berikan aku sesuluh, buat menghangatkan badan

.


Biasanya, malam-malam musim padi bunting, aku ke sawah. Aku bawa lampu suluh berbateri 3 dan sebilah parang panjang. Musim-musim begini, ikan-ikan sawah dah cukup dewasa. Masa itu, pusingan tanaman ialah 2 kali setahun, bukan seperti sekarang yang hampir 3 kali setahun.


Pada waktu malam, sekitar pukul 11 malam, ikan-ikan sawah seperti sepat, keli dan haruan biasanya dah mula tidur. Ikan tidur dekat permukaan air. Tapi, jangan harap ikan tidur tutup mata pulak!


Aku akan berjalan perlahan-lahan di batas sawah sambil menyuluh ke arah air. Kalau aku nampak ikan yang tidur, aku terus ketuk dengan parang panjang tu. Aku tak guna bahagian yang tajam, aku guna belakang parang. Tujuannya cuma nak bagi ikan tu terkejut dan terkaku sebentar, cukup untuk aku turun ke gigi air dan tangkap. Sebenarnya, guna kayu pun boleh tapi untuk keselamatan dari binatang seperti ular, baik bawa parang panjang. Kegunaannya 2-in-1 la tu.



Tapi, satu hari tu, abang aku tak bagi aku keluar. Dia pun tak nak keluar sama. Dia kata, ada orang terserempak dengan 'sesuluh'.

Aku tak tahu apa jenis hantu itu tapi lebih kurang macam penanggal juga lah. Tapi, penanggal ni orang yang amalkan ilmu hitam dan berupa kepala dengan taliperut berburai. Sedangkan sesuluh ni tak ada bentuk tetap dan dia jenis jin, aku rasa.

Sesuluh ni macam segumpal cahaya yang terang tapi bukan berapi. Cahayanya bukan selalu terang tetapi sekejap terang dan sekejap malap. Macam berkelip-kelip tapi lambat-lambat, lebih kurang macam orang bernafas. Bila tarik nafas ia terang dan bila hembus dia malam perlahan-lahan. Begitulah kira-kiranya.

Sesuluh ini tak besar, sebesar bola sahaja dan dia terbang setinggi pucuk kelapa. Ia selalu kelihatan di sawah-sawah dan kawasan lapang. Jarang ada dalam hutan berpokok tinggi.

Dikatakan, sesuluh ini terbang rendah sebab mencari katak. Dikatakan ia ini makan katak.


Pada beberapa malam sebelum itu, abang aku kata ada orang nampak di petak sawah depan rumah aku tu. Itu sebab dia tak kasi aku keluar. Walaupun begitu, aku tak pernah dengar ada orang kena rasuk dengan sesuluh.




.

23 comments:

kakpah said...

sesuluh pulak dah.
sebenarnya kan abang ko tu sengaja nak menakutkan ko. Dia malas nak buat kerja tak berpaedah keluar memalam cari ikan.

ashley said...

ha ha ha..
Aku gelak baca kakpah punya komen sebab aku nak komen macam kakpah jugak la..

Nizam,
dulu waktu aku sekolah rendah, aku ada seorang kawan selalu cerita pasai hantu..macam macam jenis hantu dia cerita...
hantu kopek, lansuir, hantu raya, pontianak,toyol termasuklah sesuluh ni..bila hang cerita, baru aku teringat.

Insyirah said...

Ni mesti kes tengok citer malam tadi. Then dtg plak ilham nak citer pasal sesuluh. Saya lupa plak tajuk citer malam tadi. Tapi mmg citer seram pasal sesuluh. Actually tak de la seram mana pun...err...maksud saya citer malam tadi tu la.

Insyirah said...

Jap...mmg benda tu dipanggil sesuluh ke? Tak pernah plak saya dengar.

ashley said...

Bro Nizam and Sis Insyirah,
hampa rajin tengok cerita hantu siaran TV3 tu ka?
Awat aku tak pernah rasa nak tengok hah..?
Cerita Melayu seram lagu mana pun macam cerita lawak..

errr kut ada seram siiiiiikkiiiit pun cerita 'Jangan Pandang Belakang'..

Tu pun bila dah tengok 2 3 kali macam nak tergelak pulak tengok hantu hantu tu.

Salah satu perkara yang aku tak berapa nak takut kalau cerita Melayu ni ialah adunan suara suara dan dialog pelakon. Masih mencacatkan lah..

Nizam,
cerita hang yang sebelum ni ada seram gak..Tahniah!

Insyirah said...

(Bro.Nizam, tumpang lalu jap)

Kak Ashley,
Saya tak pernah ikut citer² Melayu seram. Dah housemate saya buka citer tu kat tv3 malam tadi, saya pun layan jelah. Padahal dah nak tertidor depan tv sebab tak seram langsung. Muehehe...


Citer "Jangan Pandang Belakang" tu lagi la tak de feel langsung. Ntah part mana yg seram. Citer² Melayu seram, aduiii...jauh lagi nak masuk box-office.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dalam muism-muism tertentu, kami ada keluar malam mencari burung dan ikan. Aktiviti sampingan tapi tak pernah la jumpa bende-benda halus cam tu.

Ashley,
Sesuluh ni penanggal ke bukan ha?
Aku syak bukan penanggal.


Insyirah,
Kebetulan je. Sebenarnya sekarang aku bercuti macam kak Tasek Merah, tapi kat Melaka. 3 entry termasuk ni aku dah buat hari Selasa hari tu lagi, schedule entry, sebelum aku balik. Ni aku tinggal komen je. Tu sebab genre cerita hampir sama untuk ke tiga-tiga entry tu... hehehe.

Kak Tasek yg ajar aku buat schedule entry ni. AKu set pukul 11.55pm.


Ashley,
Aku pun tak rasa seram cerita-cerita hantu kat TV tu. Sebab hantu-hantu nya cantek-cantek hahaha...


Insyirah,
Aku cuma seram kalau:
Cerita bab-bab kematian dalam TV9 (yg Indon tu), Dan cerita dari org kampung dikampung waktu malam.... dia sound effect semuanya real... hahaha

addyaholix said...

abang kau patut jadi pengacara seekers bang!

Water Lily said...

Sesuluh? Tak pernah dengar pulak.

Ala ko jadi pengarah kliwon aja lah haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Muka aku tak cukup seram... hahaha


Waterlily,
Aku layak jadi pemberi maklumat je..

xiiinam said...

Salam ziarah....

ckLah akan slow di blog dalam seminggu ini....mohon permisi dulu ya. Jangan rindu cikLah tau....





Semput sikitlah dek....

tasikmerah said...

ppsttt... aku mmg pernah jumpa benda tu dulu. dalam tahun 1993. betul. benda tu lebih kurang besar bola. warna api. mula2 aku nampak kat balik2 pokok. lepas tu dia naik ke atas. perlahan2.

sesuluh ke namanya.....



.

addyaholix said...

memang tak seram. tapi komfem gerun.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Aku faham dan aku doakan kita sama-sama sihat sejahtera. Lebih dari itu, aku tak mampu... tapi rindu tetap rindu, kak.


TM,
Fuiyooo! Ko terkencet tak? Hehehe..

(psst: ni kes bek-up membek-up ke ni? hehehe)


Addy,
Gerun. Aku rasa itu mungkin lebih tepat hahaha..

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Aku faham dan aku doakan kita sama-sama sihat sejahtera. Lebih dari itu, aku tak mampu... tapi rindu tetap rindu, kak.


TM,
Fuiyooo! Ko terkencet tak? Hehehe..

(psst: ni kes bek-up membek-up ke ni? hehehe)


Addy,
Gerun. Aku rasa itu mungkin lebih tepat hahaha..

Alina said...

entah entah makhluk asing dari planet zargus.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Mungkin juga...
Planet zargus tu yang sebelum Kemaman tu kan?

hahaha

ashley said...

Cerita "Jangan pandang belakang" tu terkejuit time dia dukung nenek dia. Nak letak atas katil..tup tup tengok nenek dia dok elok tidoggg jer..

ha ha ha..

opocot..apa yang aku dukung ni!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pun tang situ jugak aku terkejut. Satu lagi masa dalam kereta yang bas nak tolong tu.... balik malam gerun giler rasanya.

tasikmerah said...

hahahaha.... ppsttt... hantu c. bali kat astro cerita hape hah...? pemburu hantu...? he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Pemburu hantu... episod baru katanya..

tasikmerah said...

ko sms hr tu kata pemburu bunian. cit! terkeliru ai tau!

ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Bunian tu bukan hantu ke?

Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com