Friday, July 12, 2013

Mercun roket!

.


Emak telah siap-siapkan petang tadi lagi. Kuih lapis merah putih setalam. Bihun goreng ditaburkan bawang goreng seperiuk. Air teh panas secerek pun ada walau pun sudah diberitahu di surau ada dibuat air panas. Tapi Emak suruh bawak juga. Untuk elakkan tertumpah, muncung cerek itu disumbatkan dengan gulungan kecil kertas suratkhabar.

"Cukup ke?"
"Cukupppp... rumah lain pun bawak juga."

Meriah. Jerit pekik kelolong budak-budak yang menjadikan malam Ramadhan di kampung itu meriah. Kerap kali jeritan mereka itu melampaui bacaan Tok Imam yang membaca surah ketika solat sunah Tarawikh.

Sepanjang jalan ke surau itu, juga di rumah-rumah, lampu minyak tanah atau panjut menerangi. Lain sedikit di surau kerana di surau ada lampu 'gasoline' dua buah. Satu diletakkan di anjung manakala satu lagi di ruang solat di tingkat atas. Budak-budak riuh tadi itu bermain di luar surau, diterangi lampu 'gasoline' di anjung itu. Apabila cahaya dari lampu itu menjadi sedikit malap, akan ada abang yang mengepam lampu itu, maka teranglah cahayanya.

Selang seli solat sunat 21 rakaat itu, para jamaah akan duduk mengelilingi dulang-dulang juadah dari 2-3 rumah orang kampung. Dulang-dulang besi yang berbagai-bagai corak bunga, berwarna-warni. Manakala air teh dan kopi pula dituangkan juga. Mana-mana yang telah kenyang, akan bersandar pula pada dinding papan sambil menggulung rokok daun nipah dan menghisapnya. Sembang ala kadar, usik-mengusik ala kadar, kemudian Tok Imam akan mengajak untuk sambung beberapa rakaat lagi. Begitulah hingga akhirnya selesai kira-kira pada pukul 10.30 malam.

Sebelum pulang, pinggan mangkuk dan gelas cawan yang masih belum berbasuh akan dikumpulkan ke dalam dulang. Mana-mana juadah yang masih berbaki, jamaah yang berkenan akan membungkusnya dengan plastik atau daun pisang... atau dengan sehelai kertas suratkhabar. Bekas-bekas yang kotor akan diletakkan di anjung.

Sejeurus sebelum pulang ke rumah masing-masing, lampu 'gasoline' akan dimatikan. Lampu itu diletakkan ke bawah secara cermat, tidak boleh bergocang sangat atau nanti 'mentol'nya yang diperbuat daripada sejenis kain dan telah pun terbakar menjadi abu akan pecah. Jika pecah, ia perlu digantikan dengan yang baharu yang beharga 25 sen pada ketika itu.

Ada yang menaiki motorsikal. Kepada yang menaiki basikal, perjalanan mereka disuluh dengan lampu basikal ber'dinamo'. Walau pun agak memberati kayuhan kerana 'dinamo' tersebut di pusingkan oleh tayar hadapan, ia lebih baik daripada berbasikal di dalam gelap.


Esok harinya...
Menjadi satu tugas kepada budak-budak yang terpilih untuk datang ke surau dan membasuh pinggan mangkuk, talam besi dan gelas-gelas. Sudah tentu ada upahnya. 20 sen sahaja tetapi cukup untuk pergi ke kedai runcit di hujung jalan untuk 'tikam' mercun. 20 sen itu boleh digunakan untuk 'tikam' sebanyak 4 kali. Sekali 'tikam', kena bayar 5 sen. Apabila dibayar 5 sen, mereka boleh mencarik sehelai kertas kecil berlipat kemudian lipatan kertas itu dibuka. Ada satu nombor di kertas itu. Pada plastik-plastik bergantungan yang terisi dengan pelbagai jenis mercun, daripada mercun tarik sehinggalah kepada bunga api dan yang menjadi idaman budak-budak pada ketika itu.. mercun roket!, plastik-plastik pembungkus itu juga ada nombor tertentu.

Jika nombor yang tertera pada kertas 'tikam' tadi itu sama dengan nombor pada salah satu mercun tadi, mercun tersebut menjadi miliknya. Ya, dengan hanya bermodalkan 5 sen, budak itu boleh mendapat mercun kebanggaan semua... mercun roket!

Maka, tugas membasuh pinggan mangkuk, talam dan gelas cawan seolah-olah menjadi rebutan. Gara-gara mahukan upah daripada Tok Siak yang baik hati. Sudah tentu upah 20 sen itu datangnya dari poket Tok Siak itu sendiri kerana surau tiada tabung syiling.


Malam-malam Ramadhan meriah dengan gelak ketawa budak-budak bermain aci... dan siang-siangnya, sunyi kerana masing-masing ketiduran...




.

24 comments:

jenanese said...

meriah gila malam ramadhan macam ni..

Nizam.Ariff said...

jenanese,
itu duluuuu... dulu..
sekarang tak ada dah... walau pun aku balik kat kampung sana tu... dahh tak ada...

cinta said...

mercun pop pop ade?

t.a.t.a said...

kat kampung gue masih ada istilah moreh ni. tapi kalau duk keliling juadah antara rakaat, tak pulak gue tau. gue tak pernah join terawih.

cinta.
eh, masa tu dah ada ke mercun pop pop? sekarang ni melambak pulak jual kat kedai runcit. tak musim raya pun jual.

mercun pop pop macam gula-gula pop pulak.

t.a.t.a said...

Bihun goreng ditaburkan bawang goreng seperiuk.

Gulp!

Giler banyak stok bawang goreng kat rumah tu eh?

ASH said...

Surau sini kalau ada budak terlompat lompat time orang solat tarawikh...kena piat telinga.

Contohnya : anak jantan aku nan seorang itu.. melompat lompat buat stail pocong..
...abes 8 rakaat, abah dia piat telinga suruh balik... ^_^

Nizam.Ariff said...

Cinta,
apa barang main mercun pop pop... main mercun tarik la best... hahaha


Tata,
Aku rasa masa tu tak ada mercun pop... malah mercun bola atau segala jenis mercun yang banyak ada sekarang ni tak ada. Zaman dulu mercunnya massih berseni... coontohnya kalau mercun tabuan, kertas tu berbentuk tabuan seiap ada kepak lagi. kalau mercun gasing, mercun tu berbentuk bulat leper seperti gasing. kalau mercun roket, bentuknya seperti Apollo dan sebesar ibu jari... sekarang ada macam tu? ye la.. ye la.. mercun bom bola bentuk macam bola.. tapi tu je la pun.. tak ada berseni...


Bihun goreng yang ditaburkan bawang goreng yang seperiuknya....



Ashley,
Ooo... itu sebab nya dia org main di dalam surau.... kita orang dulu tak main di dalam surau, kita orang main di laman surau....

t.a.t.a said...

Ash,

Itu adalah contoh yang sangat baik. Abah dia buat macam tu sebab tak nak dia ikut perangai pocong tu.

Kalau dah dia pun macam pocong, nanti makin banyak la pocong-pocong.



Ash, kenal ke abah budak tu?

Nizam.Ariff said...

Tata,
aku jawabkan...
Ash kenal sangat abah budak tu.... orang sebelah je.. keh keh keh

t.a.t.a said...

Dari dulu sampai sekarang, aku selalu dengar orang cakap, orang sebelah, orang sebelah.

Tapi aku tak pernah jumpa macam mana rupa orang sebelah tu. Yang aku jumpa orang penuh.


Kau pernah jumpa ke orang sebelah?


Nizam.Ariff said...

Tata,
pernah tengok ikan sebelah?
Hah.. camtu la.. hahaha

t.a.t.a said...

Haaa cam tu ke?

Nampak tulang dengan isi perut.
Kesian. Kesian. Kesian.

sepa said...

.

beskal berdinamo tuh, leceh la. berat nak kayuh, pastu bising.!

nak bagi lampu terang, kena kayu laju2 pulak tuh.
.

Nizam.Ariff said...

Tata,
itu dalam filem seram... dua kembar pompuan minat lelaki yang sama.. so, dia org belah dua laki tu....



Sepa,
hah... boleh excercise...

Su @ Aya said...

as'salam...

haa.. ini betul-betul nostalgia zaman kanak2 saya dulu. main tikam, teruja cari nombor tikam pd hadiah2 yg bergantungan. bermain hide & seek, riuh di laman surau waktu org tgh sembyg terawih. paling best, jln2 tgh lampu rumh org sambil bawak tanglung (tin milo yang ditebuk dgn paku, dan didlmnya diletakkan lilin).

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
Hah?!
BAb tanglung tin milo tu aku bellum jumpa lagi.. itu lagi lama agaknya....

t.a.t.a said...

Haah, gue pun tak pernah jumpa.
Eh tak berat ke tin milo tu?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Mungkin yang 600g je kut... tak lah berat sangat...

t.a.t.a said...

Tali kena guna yang tebal la kalau camtu?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Guna dawai kut..

t.a.t.a said...

Tin dengan dawai yang panas itu, kalau jumpa pocong jadian, elok nya tekap aje kat muka depa.

Su @ Aya said...

T.a.t.a, Nizam,

Mana ada berat, tin milo kosong paling kecik tu la. Tebuk dgn paku kat bawah tin, atau tepi. Tebuk byk2. Pastu buat pemegang tin dengan wayar tu.. pegang dengan kayu panjang.

macam garden lantern (cari kt youtube), tp yg tu lagi advance la. kitaorg dulu2 basic2 jer.

Nizam.Ariff said...

Tata... Dan da[at jawapan dari empunya cerita, Su@aya...

beress.... hahaha

t.a.t.a said...

Hah bereh.

Dok main teka teka je.
Sesuka hati pulak tu.

hahahaha..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com