Selepas menoreh getah di Taman Rimba Alam di Putrajaya pada hari itu (dalam entri sebelum ini), kami kehausan. Kami singgah di dataran masjid putra. Pukul 10.30am (lebih kurang), ruang legar masjid itu dipenuhi oleh para pelancong asing. Kami terus turun ke kedai-kedai makan yang ada di sepanjang tasik yang menganjur dari perkarangan masjid itu hingga ke jeti bot.
Selepas mengemaskini kantung / bladder, kami terpandang sebuah restoran di hujung barisan kedai itu. Namanya Little Swiflet kalau tak silap. Dia jual air liur burung Walet yang telah beku menjadi sarang. Aku teragak-agak pada mulanya. Kemudian aku lihat ada tanda halal. Kami pun melangkah masuk. Kami tertarik nak merasa Puding pelbagai perasa bercampur Sarang Burung.
Puding perasa durian dan perasa anggur. Bekas kecil itulah sarang burungnya. |
Pada mulanya kami ingatkan puding itu telah dicampurkan dengan sarang burung. Rupa-rupanya tidak! Sarang burung itu diberikan secara berasingan di dalam bekas yang lebih kecil dan "seco'et" je. Aku bertanya kepada pelayan wanita di situ, apa yang perlu aku buat dengan bekas kecil itu (kerana aku ingatkan itu air gula!) Barulah dia beritahu bahawa itulah sarang burungnya. Aku perlu tuangkan dan campurkan ke dalam puding.
Oleh kerana sedikit sahaja sarang burung itu, aku berikan kepada mama dan Ariff. Aku beralah kerana kulit wajah aku masih utuh dan anjal...
Durian Snow Ice... memang superb! |
... lagi pun kerana aku suka yang di atas itu! Aiskrim durian ala-ala salji di mata hati gitu.
Rasa duriannya sungguh pekat pada aiskrim yang disagat itu. Kena pula dengan pelbagai agar-agar atau lengkong dan ditaburkan pula perca-perca kacang tanah. Memang kena dengan tekak aku. Tapi yang tak kena dengan kocek aku ialah harganya dah macam ais krim milik hagen daaz tu...
.
17 comments:
tu la... makan kat foodcourt mid valley pun mahal gak aiskrim sagat ni... mujur sedap
Kay,
macam nak buat sendiri je la... cuma tak ada mesin sagat. bukannya susah pun. beli durian, buangkan biji, campurkan gula dan air dan bekukan. bila nak makan, sagarlah sikit... kan?
nasib baik aku tak suka durian so tak terliur, hahaha
kniedaz,
eh.. ada gak perasa lain.. keladi, jagung, laici... oleh itu silalah terliur... hehehe
Ngences...
aku hantu durian, kulit durian kering terpenyek tengah jalan pon aku boleh terliur...
Sudip,
kalau ada org tampal gambor durian kat bontot, mau rebeh bontot org tu kena kokak ye dak? hahaha
mahal sebab musang king kot
Lola Momon..
Hahaha...
Larang yo enak! Eneng jugak, orak larang, tapi menih enak! Tak mengapa sesekali, juga tak mengapa kerapkali. Sementara Tuhan beri rezeki selera + rezeki RM.
Selamat mengundi!
Air liur burung eik...err...er....
:)
Temuk,
ya, kang.
Orang kata nanti jangan dikonon-kononkan dek orang.... hahaha
cklah,
haah.... aku bagi terus je.
air liur burung... hehehe
depa kata air liur burung untuk kesihatan. betul ker.?!
sepa,
depa kata untuk kulit anjal
juga untuk adik...
terliur tgk durian snow..
tak pernah try.. typical pmpuan mesti try strowberi dan coklat snow.. durian mane penah try..
hihi
cik hani,
cuba durian.. pasti nak lagi...
(kecuali kalau tak suka makan durianlah)
berapa harga puding campur sarang walit tu?
gtfendy,
kalau tak silap dekat Rm10 gak...
Post a Comment